2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 10 April 2025   
@ 12 Syawal 1446H / 5:03 AM

5Jumaat,April

Pengangkutan percuma di ibu negara

·         Pengangkutan percuma di ibu negara Estonia Semakin ramai yang menggunakan pengangkutan awam percuma di Tallinn.

·         Tallinn menjadi bandar pertama di dunia perkenal pengangkutan percuma

TALLINN, 4 April 2013 - Ibu kota Estonia, Tallinn menjadi bandar pertama di dunia memperkenal pengangkutan percuma untuk orang awam. Syaratnya, seseorang hanya perlu tunjuk kad transit mengesahkannya seorang warga Tallinn.

 

“Saya berhati-hati dalam perbelanjaan kerana tidak mendapat kerja sekarang. Saya perlu berjimat.

 

“Jadi, saya gembira dengan skim pengangkutan percuma. Ini bagus untuk orang awam,” kata warga Tallinn, Mare Tulp.

 

Pegawai perbandaran menyifatkan skim itu berjaya tiga bulan selepas dilancarkan meskipun pengkritik menganggapnya langkah untuk mendapatkan sokongan menjelang pilihan raya tempatan.

 

Ilham datuk bandar

Skim pengangkutan percuma itu adalah ilham Datuk Bandar, Edgar Savisaar yang mahu mengurangkan kesesakan dan pencemaran selain meringankan beban penduduk miskin.

 

Malah, Savisaar menyifatkan program itu sebagai ‘bonus bulan ke-13’ kerana seseorang boleh berjimat sekurang-kurangnya sebulan gaji.

 

Timbalan Datuk Bandar, Taavi Aas pula berkata, percubaan skim itu yang menelan belanja 12 juta euros (RM48 juta) setahun, melepasi jangkaan. Bilangan penumpang meningkat 10 peratus manakala bilangan kenderaan menurun sehingga 15 peratus, lapor pihak berkuasa pengangkutan Tallinn.

 

Satu tinjauan terbaru pihak berkuasa menunjukkan, sembilan daripada 10 penduduk Tallinn puas hati dengan skim itu.

 

“Ramai yang menggunakan pengangkutan awam lebih kerap pada hujung minggu. Ini bermakna, mereka juga berbelanja yang membantu ekonomi,” kata Aas.

 

Pada masa sama, pegawai bandar mengakui, masih terlalu awal untuk mendakwa ekonomi ibu kota itu semakin meningkat kerana skim berkenaan. Tetapi, program itu dijangka meningkatkan hasil cukai kerana orang yang mendaftar untuk layak mendapat pengangkutan percuma juga membayar cukai. - AP

Unknown , Jumaat, April 05, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog