Jangkitan H7N9 terus merebak Naib Presiden Hospital Ditan, Chen Jun (dua dari kiri) melihat skrin video yang menunjukkan mangsa pertama dijangkiti virus H7N9 di Beijing, semalam. - Foto AFP
Kes pertama selesema burung di Beijing
BEIJING, 13 April 2013 - Kanak-kanak berumur tujuh tahun kini menjadi mangsa terbaru virus selesema burung H7N9 dan merupakan kes pertama direkodkan di ibu negara China.
Biro Kesihatan Beijing berkata, kanak-kanak itu kini sedang dirawat di Hospital Beijing dan stabil.
Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut bahawa anak kepada pasangan peniaga poltri hidup dari kawasan subbandar di timur laut sebuah penempatan di sini dimasukkan ke Hospital Beijing Ditahan selepas menunjukkan simptom selesema seperti demam, batuk, sakit tekak dan sakit kepala pagi kelmarin, lapor agensi berita Xinhua pada Sabtu.
Kes itu disahkan susulan ujian oleh Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan China pada awal pagi Sabtu.
"Kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil di hospital berkenaan manakala dua individu yang menjaganya sebelum ini tidak menunjukkan simptom selesema", kata jurucakap.
Menurut Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Kesihatan Kebangsaan, setakat ini China mencatatkan 44 kes H7N9 termasuk 11 kematian, Sumber jangkitan masih belum dikenal pasti sejak wabak dikesan pada Mac. - Bernama
Jangkitan H7N9 terus merebak
Henan, 13 April 2013 - Jangkitan virus baru selesema burung H7N9 merebak ke wilayah baru, Henan di tengah China semalam, manakala dua lagi kes dilaporkan menyerang di pusat wabak itu di barat Henan.
“Dua kes baru dilaporkan di wilayah Henan di tengah China,” lapor agensi berita Xinhua.
"Keseluruhannya, seramai 51 orang disahkan dijangkiti dan 11 mangsa meninggal dunia sejak pihak berkuasa China mengumumkan penemuan virus terbabit pada tubuh manusia dua minggu lalu."
Sehingga kelmarin, satu kes dilaporkan di Beijing, manakala semua kes jangkitan virus H7N9 berlaku di Shanghai, Zhejiang, Jiangsung dan Anhui yang jaraknya beberapa ratus kilometer.
Keseluruhannya, seramai 51 orang disahkan dijangkiti dan 11 mangsa meninggal dunia sejak pihak berkuasa China mengumumkan penemuan virus terbabit pada tubuh manusia dua minggu lalu.
Tiada bukti virus berjangkit
Pakar melahirkan kebimbangan kemungkinan virus H7N9 bermutasi kepada bentuk yang lebih mudah berjangkit antara manusia dengan manusia sehingga menyebabkan wabak.
Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu lalu berkata, tiada bukti virus H7N9 boleh berjangkit daripada manusia kepada manusia.
Xinhua melaporkan, seramai 19 orang yang berhubung dengan mangsa di Henan, belum menunjukkan sebarang tanda dijangkiti virus baru selesema burung itu.
Seorang pesakit lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai tukang masak masih kritikal sejak jatuh sakit pada 6 April, manakala seorang petani berusia 65 tahun semakin stabil yang menunjukkan tanda dijangkiti 8 April lalu.
Sementara mangsa di Beijing, anak perempuan seorang peniaga ayam berusia tujuh yang kini dikuarantin untuk pemerhatian, setakat ini tidak menunjukkan tanda dijangkiti H7N9 dan keadaannya dilaporkan stabil.
Musnah ternakan
Pihak berkuasa kesihatan di China berkata, ia masih belum mengetahui bagaimana virus itu merebak, tetapi percaya H7N9 mungkin berjangkit daripada burung kepada manusia, mendorong tindakan memusnahkan sejumlah besar ternakan ayam di beberapa bandar.
Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) berkata H7N9 menunjukkan hubung kait dengan manusia tetapi hanya menyebabkan ‘penyakit ringan atau tiada sakit langsung’ ke atas ayam yang dijangkiti.
Keadaan ini menyebabkan usaha mengenal pasti sumber jangkitan atau pemindahan virus sukar dilakukan. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "