2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 7:47 PM

1Isnin,April

Orang gemuk panjang umur

BMI asas kajian 3 juta penduduk

 

London, 01 April 2013 - Individu gemuk tetapi tidak semestinya obes dikatakan mampu untuk hidup lebih lama berbanding rakan mereka yang lebih kurus. Lelaki atau wanita yang lebih gemuk dikatakan hidup lebih lama berbanding seseorang yang mempunyai berat badan normal, lapor Daily Mail.

 

"Memiliki BMI antara 30 hingga 34.9 yang dikatakan obes juga dilihat tidak begitu jejaskan kesihatan” - Penyelidik

 

Ia memetik kajian membabitkan tiga juta penduduk, yang disiarkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika. Kebiasaannya, kita biasanya memikirkan bahawa berat badan normal adalah petanda kepada kesihatan yang baik.

 

Pakar obesiti, bagaimanapun, memberi amaran bahawa penyelidikan terbabit tidak sepatutnya menunjukkan bahawa tiada kesan kesihatan negatif dalam kes membabitkan seseorang yang ada berat badan berlebihan.

91 kertas penyelidikan

D

alam kajian terbaru itu, penyelidik Kerajaan Amerika Syarikat membaca 91 kertas penyelidikan terdahulu mengenai topik berkenaan dari seluruh dunia yang membabitkan berjuta-juta wanita dan lelaki.

 

Mereka menganalisis mengenai persoalan indeks jisim badan (BMI) pada permulaan penyelidikan dan bagaimana seseorang itu menemui ajal.

 

Seseorang dikelaskan sebagai mempunyai berat badan normal jika memiliki BMI antara 18.5 hingga 24.9 dan mengalami lebihan berat badan jika bacaannya adalah antara 25 hingga 29.9.

 

BMI yang lebih tinggi daripada kelas yang dinyatakan disifatkan sebagai obes dan lebih besar bacaannya maka lebih besar risiko kesihatan seseorang itu.

 

6 peratus kurang untuk mati

K

eputusan menunjukkan mereka yang dinilai sebagai mempunyai lebihan berat badan adalah enam peratus kurang untuk mati ketika penghujung tempoh kajian berbanding mereka yang memiliki berat badan normal.

 

Memiliki BMI antara 30 hingga 34.9 yang dikatakan obes juga dilihat tidak begitu menjejaskan kesihatan.

 

Bagaimanapun, mereka yang memiliki BMI lebih besar berbanding apa yang dinyatakan adalah 29 peratus kurang berkemungkinan untuk dilihat hidup di akhir tempoh kajian berbanding mereka yang memiliki berat badan normal. - Agensi

Unknown , Isnin, April 01, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog