T |
ahukah anda penyakit manakah yang paling luas tersebar di seluruh dunia? Kebanyakan daripada kita akan menjawab kanser, diabetes, hipertensi, penyakit jantung dan strok, tetapi jawapan sebenarnya ialah karies gigi.
Karies gigi, dikenali juga sebagai kereputan gigi, kaviti atau gigi berlubang. Walaupun terdapat penurunan yang ketara dalam kes karies gigi dalam beberapa dekad ini kerana amalan kebersihan mulut yang lebih baik, namun ia masih lagi merupakan masalah besar.
Dr Carlos Sabrosa, Profesor Madya di Sekolah Pergigian State University of Rio de Janeiro yang juga seorang doktor pergigian berkongsi masalah dihadapi dalam menilai, menguruskan dan mencegah karies gigi serta menyentuh mengenai sebahagian daripada kemajuan-kemajuan terbaru dalam bidang pergigian.
Penyakit berjangkit
A |
pa yang menghairankan, ramai orang masih tidak mengetahui bahawa karies gigi merupakan penyakit berjangkit. Ia berpunca daripada bakteria dan menyebabkan penyahmineralan dan kerosakan tisu keras seperti enamel, dentin dan simentum akibat penapaian bakteria ke atas cebisan makanan pada permukaan gigi.
Menurut Dr Sabrosa, jika proses penyahmineralan pantas daripada faktor pemineralan semula air liur, kalsium dan ubat gigi berfluorida; tisu keras tersebut akan musnah dan karies gigi terbentuk.
“Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kesakitan, membawa kepada jangkitan, kehilangan gigi dan selulitis iaitu jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria,” katanya.
Menurutnya, majoriti pengguna tidak tahu tentang kemajuan dalam bidang pergigian dan tidak berusaha mendapatkan rawatan bagi masalah gigi yang bukan sahaja menyakitkan malah mencacatkan dari segi fizikal dan rupa. Ini boleh memberi kesan negatif terhadap harga diri pesakit. Walhal ia boleh ditangani.
Rawatan bukan sahaja boleh memperbaiki wajah seseorang tetapi juga memberi keyakinan diri serta hidup yang bebas daripada kesakitan,” katanya.
Bagi kebanyakan kita, kebimbangan terhadap sakit gigi atau kemungkinan gigi terpaksa ditampal atau dicabut serta kehilangan rupa paras yang cantik sudah cukup untuk membuatkan kita memberus atau memflos dua kali sehari dan pergi berjumpa doktor gigi untuk penskaleran.
Kesan makanan segera
J |
adi mengapakah sesetengah individu lebih mudah mendapat karies gigi berbanding orang lain?
“Gigi pada asasnya adalah mineral yang sentiasa mengalami proses penyahmineralan dan pemineralan semula oleh air liur. Individuyang mempunyai mulut kering – suatu keadaan di mana kurang air liur dihasilkan atau kelenjar air liur musnah akibat terapi radiasi – berisiko tinggi,” katanya.
Menurutnya, bentuk gigi, tabiat kebersihan gigi seseorang individu, diet dan keupayaan penimbalan air liur mereka menentukan sama ada individu tersebut mudah mendapat karies gigi.
Kepelbagaian makanan segera, masa yang diproses dan tinggi kandungan gula yang kini mudah didapati, langsung tidak membantu dalam menjaga kesihatan mulut.
“Minuman ringan mempunyai pH rendah dan kandungan sukrosa yang tinggi, manakala minuman tenaga pula menyediakan persekitaran yang ideal untuk penyahmineralan.
“Penyahmineralan berlaku dalam persekitaran mulut yang mempunyai pH di bawah 5.5 (berasid). Minuman ringan dan minuman tenaga biasanya mempunyai pH 2.5 hingga 3 (sangat berasid).
Jadi, sebagai langkah awal mengurangkan risiko karies gigi, jauhilah minuman ringan,” katanya.
Walaupun ubat gigi berfluorida boleh membantu mengelak karies gigi, mereka yang berisiko tinggi perlu berbincang dengan doktor gigi mengenai ubat gigi anti-kaviti yang mempunyai kandungan fluorida efektif berbanding ubat gigi biasa.
Kepekatan fluorida dan tri-kalsium fosfat dalam produk ubat gigi membantu mencegah proses penyahmineralan dan pada masa sama membantu proses pemineralan semula.
“Produk seperti ini boleh digunakan bagi menggantikan ubat gigi biasa, tetapi ia perlu dipreskripsikan oleh doktor gigi. Individu yang mempunyai kaviti, mulut kering dan pemilih gaya hidup atau diet yang membawa risiko karies gigi, perlu berbincang dengan doktor gigi mereka mengenai langkah pencegahan seperti ini,” katanya.
Beliau berkata, dalam pergigian, seperti juga cabang perubatan lain, pencegahan adalah pilihan terbaik. Apabila berdepan dengan masalah, segera dapatkan rawatan, lebih awal lebih baik.
“Mencabut gigi merupakan pilihan terakhir dan jika perlu, pelbagai teknik baru telah diperkenalkan. Kemajuan dalam teknik dan bahan dalam pergigian sememangnya menakjubkan.
“Berbincanglah dengan doktor gigi anda mengenai rawatan yang sesuai, buat sedikit kajian sendiri dan tetapkan pencegahan karies gigi sebagai matlamat utama,” katanya.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "