BEIJING, 4 April 2013 - Satu lagi kematian berkaitan selesema burung H7N9 dilaporkan pada Rabu, meningkatkan jumlah kematian kepada tiga dan jumlah pesakit yang dijangkiti kepada sembilan di China.
Adalah dilaporkan bahawa dua lagi pesakit dari Daerah Zhejiang di timur China dijangkiti virus baru selesema burung itu, seorang daripada mereka maut sementara seorang lagi dimasukkan hospital.
Agensi berita China, Xinhua menyebut jabatan kesihatan daerah sebagai melaporkan bahawa Hong, 38, mati pada 27 Mac sebelum pusat kawalan penyakit kebangsaan dan daerah membuat pengesahan.
"Lelaki itu yang bekerja di Daerah Jiangsu jatuh sakit pada 7 Mac dan dimasukkan hospital pada 18 Mac".
Sementara itu, seorang lagi pesakit, seorang lelaki pesara dari Hangzhou bernama Yang dimasukkan hospital pada 25 Mac dengan menghidap batuk dan demam. Pesakit itu didapati dijangkiti virus berkenaan setelah didiagnosa.
Agensi berita itu menyatakan kesemua 183 orang yang bersentuhan dengan dua lelaki itu sehingga ini tidak menunjukkan sebarang simptom demam atau gangguan pernafasan.
China mengesahkan tiga kes selesema H7N9 yang pertama pada 31 Mac, dengan dua kematian dilaporkan dan seorang lagi pesakit dalam keadaan teruk.
Hospital di Beijing diarah menyertakan ujian H7N9 dalam semua pemantuan rutin, dan mula melatih staf dalam rawatan pneumonia yang disebabkan faktor yang tidak dapat dipastikan," tambahnya.
Sementara itu, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Haiwan Shanghai telah menguji 34 sampel bangkai babi yang dikeluarkan dari Sungai Huangpu, Shanghai tetapi tidak menemui virus selesema burung.
Awal bulan lepas, sebahagian dari 16,000 bangkai babi ditemui di sungai itu dan ini mencetuskan kebimbangan orang ramai tentang kemungkinan kes H7N9 itu ada kaitan dengan bangkai-bangkai tersebut. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "