Los Angeles, 25 April 2013 - Aktres Hollywood, Gwyneth Paltrow, 40, yang dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik 2013 oleh majalah People, berkata amalan bersenam membantu dirinya sentiasa bertenaga dan kelihatan muda.
"Di rumah pula, saya biasanya hanya memakai baju T dan seluar jeans. Saya tidak begitu gemar memakai alat solek," katanya.
Paltrow, sewaktu ditemui wartawan ketika menghadiri tayangan perdana filem Iron Man 3, malam kelmarin berkata, beliau teruja dengan pemilihan itu tetapi tidak begitu percaya pada mulanya.
Rasa lucu, tertanya-tanya
Saya rasa agak lucu dan tertanya-tanya sama ada pemilihan ini betul atau sekadar satu gurauan kerana ada ramai lagi jelitawan di luar sana sedangkan saya sudah agak berusia. Mereka sepatutnya memilih seorang gadis berusia 21 tahun.
Namun, saya amat gembira. Kawan-kawan turut memberi sokongan. Bagi mereka, pemilihan seorang ibu berusia 40 tahun dan mempunyai dua anak sebagai wanita tercantik dunia tahun ini, adalah satu penghormatan, kata isteri anggota kumpulan rock Coldplay, Chris Martin itu.
Paltrow berkata, dua orang anaknya, Apple, 8, dan Moses, 7, tidak beliau mengetahui berita pemilihan yang disiarkan di majalah berkenaan, namun beliau kini tidak henti-henti menerima ucapan tahniah melalui e-mel dari rakan dan anggota keluarga.
Paltrow melakonkan watak Pepper Pott, kekasih Tony Stark dan rakan niaga di dalam trilogi Iron Man, sementara lakonan di dalam Iron Man 3, mendapat pujian rakan pelakon lain.
Pemilihan yang adil
Aktor Guy Pearce, menyifatkan pemilihan Paltrow oleh majalah People sebagai cukup adil.
"Pemilihannya memang tepat dan adil. Beliau memang hebat," katanya.
Seorang lagi pelakon Iron Man 3, Ben Kingsley, berkata Paltrow seorang wanita yang hebat.
"Bagi saya, Paltrow seorang wanita yang cantik luar dan dalam. Paltrow mempunyai hati yang sangat baik dan penyayang," katanya. - AP/Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "