2+4 hrs...Twogether Fourever

Selasa : 8 April 2025   
@ 10 Syawal 1446H / 6:49 PM

15Isnin,April

Gajet buat manusia bodoh

KAD 'Donkey' antara permainan popular pada suatu ketika dahulu yang berperanan menggalakkan interaksi kanak-kanak.

 

G

ENIUS Fizik, Albert Einstein pernah berkata: “Saya risau tentang masa depan ketika teknologi mengatasi hubungan sesama manusia. Dunia akan dihuni oleh generasi yang ‘bodoh’.”

 

Kata-kata Einstein tersebut kini seolah-olah menjadi kenyataan apabila perkembangan teknologi mula membelenggu kehidupan.

 

Penggunaan gajet pintar dan laman sosial yang sinonim dengan kehidupan pada ketika ini seolah-olah mendidik generasi untuk menjadi seorang yang antisosial dan pemalas.

 

Mengakui perkembangan sebegitu turut memberi kesan terhadap kehidupannya, seorang blogger motivasi, Mohd. Syafique Suib tidak menolak kesan buruknya.

 

Teknologi itu sebenarnya memudah dan menjimatkan tenaga. Tetapi kita perlu bijak menguruskannya juga. Laman-laman sosial seperti Twitter, Facebook, Google+, Instagram dan Vine kadangkala lebih menyeronokkan, tetapi janganlah sampai mengabaikan orang di sekeliling.

 

Saya sering berdepan pengalaman makan semeja dengan kawan-kawan, tetapi masing-masing sibuk dengan gajet sendiri. Sebagai anak muda, saya akui pernah juga melakukan kesilapan itu, tetapi mujurlah sempat ditegur oleh ibu dan sedar bahawa ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

 

Jejaka berumur 27 tahun yang sering melontarkan kata-kata motivasinya di laman web www.motivationmy.com itu berkata, pengguna seharusnya merebut peluang kemudahan tersebut dengan secara seimbang agar kesan negatifnya sifar.

 

Biarpun golongan muda pada zaman kini lebih terarah kepada teknologi terutamanya melibatkan gajet-gajet telefon pintar dan tablet, namun bagi mereka yang membesar dengan gaya hidup ‘manual’, pengalaman tersebut dikatakan menjadi lebih manis.

 

Seorang lelaki dari Hertfordshire, Britain, Graham Wood menjelaskan, kehidupan pada zaman sekarang sangat membosankan apatah lagi buat mereka yang gemar berinteraksi dengan sebuah gajet yang berbentuk seperti sekeping papan.

 

Sebagai usaha mengenang kembali dan berkongsi memori bersama mereka yang membesar bersamanya dalam zaman 1980-an, Wood telah mencipta sebuah lagu. Ia kini sedang menjadi viral di laman sosial YouTube.

 

Lagu yang menceritakan tentang aktiviti yang dilaluinya pada zaman tersebut seperti permainan dam papan, PacMan dan Connect Four diolah dalam lirik yang mampu membangkitkan memori.

 

Lagu dalam bahasa Inggeris itu didendangkan mengikut rentak lagu We Didn’t Start the Fire oleh Billy Joel. Ia dinyanyikan oleh Wood sambil dibantu rakannya yang bermain alat muzik ukelele, Andrew Barker.

 

Naskhah tersebut diberi judul We Didn’t Own an iPad atau bermaksud ‘Kami tak punya iPad’.

Turut disentuh di dalam liriknya adalah beberapa program televisyen popular sekitar tahun 1970-an dan 1980-an seperti Swap Shop dan Knight Rider serta perkahwinan ikonik Putera Charles dan Puteri Diana.

 

Antara bait lirik lagu tersebut berbunyi: “Kami tidak miliki iPad, tidak tahu tentang pesanan ringkas, hanya tahu Teletexting. Kami tidak miliki iPad, tidak tahu tentang SatNavs (sistem kedudukan global (GPS)), hanya guna peta AA.”

 

Biarpun tidak sampai sebulan dimuat naik, lagu itu telah menjadi fenomena apabila ditonton hampir dua juta kali sehingga minggu lalu.

 

Jelas Wood, biarpun tidak memiliki gajet terkini, dia tetap menjalani hidup seperti biasa. Bahkan, bapa kepada dua orang cahaya mata itu mampu menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

 

Secara jujurnya, saya tidak punyai iPad dan saya tidak tahu bagaimana ia berfungsi. Tetapi saya lihat masyarakat pada hari ini terlalu bergantung kepadanya dan teknologi lain untuk memperoleh hiburan.

 

Saya gembira untuk kembali ke zaman silam saya dan bagaimana ia digunakan untuk menghasilkan video itu. Apabila idea muncul, saya akan menyimpannya di dalam telefon agar tidak terlupa nanti,” katanya seperti dipetik daripada Dailymail.co.uk.

 

Walaupun ada jika disalah guna terutamanya yang boleh memberi kesan kepada kehidupan sosial pengguna, namun ia membuka ruang lebih luas untuk berinteraksi di dunia maya. Bahkan alatan seperti itu mampu mempermudahkan kehidupan seharian.

 

Tidak kurang di Malaysia, seorang penyanyi baru, Muhammad Hafidzuddin Roslan atau dikenali sebagai Fidz antara yang bijak memanipulasi teknologi apabila menggunakan peranti iPad untuk menghasilkan lagu tanpa mengeluarkan sebarang kos.

 

Jelas Fidz, teknologi itu membuka ruang untuk dia merealisasikan cita-cita menghasilkan sebuah album sungguhpun mempunyai kekangan wang ringgit.

 

Harga bagi sebuah lagu boleh mencecah hingga RM10,000. Tetapi saya memilih menghasilkan sendiri lagu menggunakan aplikasi GarageBand di iPad. Dengan bayaran AS$4.99 (RM15.50) untuk sekali muat turun, saya boleh menghasilkan lagu sendiri dengan gabungan pelbagai jenis alat muzik.

 

“Sejujurnya saya tiada pengetahuan langsung dalam bermain alat muzik, tetapi teknologi ini memudahkan kerana irama dan rentak muzik boleh dihasilkan secara automatik,” kata penyanyi berusia 26 tahun itu yang mempertaruhkan single berjudul Kerna Dia.

 

Unknown , Isnin, April 15, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog