J |
URNAL Perubatan New England menerbitkan laporan Human Infection with a Novel Avian-Origin Influenza A (H7N9) Virus yang memberikan maklumat terperinci mengenai kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Beijing dan Shanghai.
Laporan itu turut mengandungi kajian kes ke atas tiga penduduk di Shanghai dan wilayah Anhui yang dijangkiti virus berbahaya tersebut.
Kajian mereka mendapati komponen H7 (virion yang mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) daripada satu virus dan protein daripada spesies virus lain) berasal daripada influenza A (H7N9) mempunyai gen yang sama dengan itik ditemui di wilayah Zhejiang dan komponen N9 pula dikenal pasti pada burung hijrah dari Semenanjung Korea.
Selain itu, enam lagi segmen genetik mempunyai persamaan tinggi dengan spesies burung Brambling yang ditemui di Beijing.
Virus itu didakwa kurang berbahaya berbanding H5N1 dan simptom yang menyerang kanak-kanak juga tidak terlalu teruk seperti sebelum ini.
Bagaimanapun, orang dewasa yang dijangkiti akan mengalami cirit birit, menyebabkan tisu otot rosak masuk ke dalam salur darah dan sindrom pernafasan akut teruk.
Bilangan sel darah putih juga dikatakan hanya menurun sedikit atau berada paras normal tidak seperti keadaan pesakit yang dijangkiti H5N1.
Sementara itu, bahagian Q226L dalam gen H virus H7N9 dipercayai mengalami mutasi, selain E627K dalam protein PB2 juga yang didakwa mampu menjejaskan saluran pernafasan spesies mamalia.
Memandangkan bilangan kes dan kadar kematian semakin meningkat, penyelidik melihat virus itu sememangnya telah mengalami mutasi yang boleh menyekat sel reseptor di sepanjang saluran pernafasan manusia dan ia juga didakwa boleh disebarkan melalui udara dalam bentuk titisan air.
Kajian mereka juga menunjukkan spesies mamalia sebagai pengantara tuan rumah.
Dalam artikel lain diterbitkan dalam edisi sama di bawah jurnal itu yang ditulis oleh Timothy Uyeki dan Nancy Cox dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit turut menyokong hasil kajian tersebut yang mendedahkan virus terbabit telah mengalami mutasi untuk membolehkan ia menjangkiti spesies mamalia.
Kajian saintifik oleh sembilan penyelidik Belanda dan China yang diterbitkan baru-baru ini pula menunjukkan H7N9 adalah hasil campuran dari tiga virus selesema ditemui dalam burung di Asia.
Pendedahan analisis data genetik itu dibuat berdasarkan penyelidikan ke atas tujuh sampel yang diperoleh dari China.
Ketua Virologi di Institut Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Kebangsaan Belanda, Marion Koopmans memaklumkan bahawa mereka turut membuat data dengan perbandingan dengan virus H7N7 yang pernah menyerang Netherlands pada 2003 dan H7N1 di Itali pada 1999-2000.
Serangan H7N7 di Belanda menyebabkan kira-kira 30 juta ayam di 255 ladang ternakan terlibat dimusnahkan selain 89 orang dijangkiti dan seorang maut.
Perbandingan tersebut menunjukkan penularan secara meluas di China mengakibatkan kepelbagaian genetik.
"Kepelbagaian itu mencetuskan kebimbangan kerana beberapa tanda membuktikan berlaku peningkatan ancaman terhadap tahap kesihatan orang ramai," jelasnya lagi.
Walaupun pakar di China dan WHO mengesahkan tiada bukti menunjukkan H7N9 boleh disebarkan secara mudah antara manusia, namun analisis terhadap tiga sampel awal menunjukkan virus itu telah mengalami mutasi yang bakal mendatangkan risiko kepada penduduk di negara tersebut.
Menurut Koopmans lagi, tiada jaminan H7N9 tidak dapat disebarkan oleh sesama manusia.
Sehingga kini, tiada vaksin untuk mencegah H7N9 dicipta.
Difahamkan, WHO sedang berusaha menghasilkan vaksin sesuai untuk melindungi orang ramai dari jangkitan virus berbahaya tersebut. - Sinar Harian

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "