A |
ku hanya seorang insan biasa, cukuplah dikenali sebagai Nazihah. Aku bukanlah berasal daripada keluarga yang punya latar belakang yang alim atau warak, bahkan aku juga tidak berperwatakan seperti orang yang alim, sebagaimana sahabatku Rabiah.
Sungguh-sungguh, aku bukanlah insan yang memandang tuntutan agama sebagai kepentingan utama, aku bahkan memandang ringan terhadap agama. Persekitaranku, rakan-rakanku, mempengaruhi sebahagian besar kelakuanku. Aku tidaklah menyalahkan mereka, tidak sama sekali. Cuma aku barangkali, senang dipengaruhi begitu.
Aku cukup ingat, yang penting aku bukanlah orang yang seperti apa yang orang lain gelar sebagai orang yang alim. Benar-benar, aku hanya insan biasa yang dhaif sekali.
Aku kenal Rabiah, aku cukup mengenali dia. Bagiku dia seorang yang alim, menjaga pergaulannya.
*************
K |
alau dahulu, aku kurang suka akan telatah manusia yang orang gelar sebagai alim. Aku cukup muak. Muak kerana mereka hanya petah berbicara, selebihnya riak semata. Aku lihat kebanyakan orang yang digelar alim di sekolah ini terlalu cepat menghukum, terlalu mendiskriminasi bahkan memandang serong terhadap insan biasa. Kerana itu, aku bertanggapan negatif terhadap insan yang digelar alim. Namun, persepsiku berubah setelah aku bersemuka dengan Rabiah. Dia membawa persona yang berbeza.
Dahulu aku tidak menjaga batas pergaulanku, sungguh, bagiku rakan perempuan mahupun lelaki hanya sama, tiada berbeza. Bagaimana aku bergelak tawa bersama rakan perempuan begitulah juga aku bergelak ketawa bersama rakan lelaki. Aku memandang ringan terhadap tuntutan agama, bagiku tiada apa salahnya berbuat demikian asalkan kita menganggap mereka sebagai rakan dan tidak melebihi persepsi apa yang sepatutnya.
Aku masih ingat lagi, bagaimana peristiwa itu mengubah pendirianku. Ketika itu aku berada di kelas, bersama beberapa orang rakan baikku, bergurau di kelas, antara lelaki dan perempuan. Aku ingat lagi, ketika itu, ketika aku sedang tertawa riang, aku terperaasan ada sepasang mata melihatku.
Pantas aku berkalih ke tingkap, ke luar kelas. Aku terlihat Rabiah melihat latahku bersama rakan-rakanku yang lain. Tawaku mati terus. Rabiah seraya beredar. Dia sekadar melihat latah kami.
“Ah, sudah tentu dia pandang serong kat kitorang,” gumamku, perlahan, menyampah dengan apa yang dilakukan oleh Rabiah sebentar tadi. Namun, selepas itu, aku hilang mood untuk ketawa. Ada sesuatu yang terkesan dalam hatiku. Ya, jiwaku terasa kosong, tiba-tiba. Aku terasa sepi, entah kenapa, nubari ini seakan mahu menangis. Mengapa? Aku tidak tahu juga. Aku resah sendiri, pulangku dengan penuh gundah.
“Assalamualaikum,” sapa Rabiah tiba-tiba. Aku terpinga-pinga. Dia tersenyum.
“Assalamualaikum, Ziha,” sapa Rabiah lagi, kali ini dia menghulur tangan. Aku tersedar dari lamunanku. Aku lantas menjawab salamnya kemudian menyambut huluran tangannya.
“Sebaik-baik salam itu disempurnakan dengan jabat tangan. Minta maaf atas keterlanjuran tadi, aku tak berniat memandang serong terhadap korang tadi, jangan salah faham. Hanya tertanya-tanya apakah yang dibualkan hingga begitu meriah sekali,” jelas Rabiah, rautnya menunjukkan kesungguhan.
Aku terdiam sejenak, halus sekali sindirannya. Terlalu halus, hingga menjadikan aku berasa bersalah. Duhai, mengapakah begini? Mengapa jiwa ini terasa begitu tandus begini?
Tanganku dilerai. Rabiah tersenyum, sarat hikmah, yang tidak mungkin aku faham maksudnya.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,” ujar Rabiah kemudian berlalu pergi.
Aku diam, lama. Aku terpaku, terpaku dengan pesona maarufnya. Kata-kata yang diucapkan oleh Rabiah itu berulang-ulang di kotak fikiranku. Terasa masa menghimpit, tidak seperti selalu. Aku terasa masaku berlalu tanpa makna, terasa ditinggalkan, terasa kerugian!
“Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh,” jawab Rabiah, tatkala aku bertanyakan maksud kata-katanya tempoh hari.
“Aku masih tak faham,” ujarku.
Rabiah tersenyum, seperti biasa, senyuman yang penuh hikmah itu, yang menenangkan sekali.
“Islam mengajar kita meninggalkan perkara yang kita ragu padanya,” jelas Rabiah.
“Seperti?”
Rabiah tidak lekas menjawab. Dia seperti meneliti tindak tandukku.
“Kau tahu, apa maksudku. Aku tahu, kau tahu, Ziha,” ujar Rabiah. Khali sejenak. Aku enggan menjawab, barangkali soalannya itu mahu mengujiku.
“Ikhtilat lelaki dan perempuan,” akhirnya Rabiah menyuarakannya juga.
“Salahkah kalau sekadar berbual dengan kawan? Aku tidaklah bergurau melampau-lampau. Tiada apa yang perlu diambil perhatian tentang apa yang kami bualkan,” jawabku.
Rabiah melihatku, dalam-dalam.
“Tak sukar nak baca perasaan kau, Ziha. Aku tahu, kau tahu,” ujar Rabiah. Aku terdiam.
“Ikhtilat itulah yang menjuruskan kau ke arah itu, seperti akrabnya dirimu dan Rizal,” sambung Rabiah lagi.
Aku hilang bicara sejenak, nyata mata Rabiah tajam, sukar untukku nafikannya.
“Aku dan Rizal tiada apa-apa hubungan, kami tidak bercouple, sekadar teman baik. Kami bukan seperti yang kau fikirkan,” balasku.
“Kau ragu, aku tahu,” balas Rabiah pula.
“Kau bukan insan yang senang dimanipulasi dengan kata-kata lelaki, aku kagum itu. Namun kalau tak dibentengi dengan iman, lama-lama cebis-cebis hatimu akan dicuri sebelum sempat kau serahkan kepada yang selayaknya.”
Aku diam terus, hilang bicara. Kata-kata Rabiah sedikit sebanyak menyentuh jiwaku.
“Kau ragu dengan apa yang kau lakukan selama ini. Mungkin kau mengatakan bahawa kau tidak ragu akan hubunganmu dengan Rizal, tetapi hakikatnya, jauh di sudut hatimu pasti akan terasa sedikit ragu. Dan ragu itulah yang menjadikan hidupmu tidak tenang. Ketahuilah, perasaan ragu yang kau rasakan selama ini ialah iman kau sendiri. Ia berlainan dengan ragu yang datang dari syaitan, ragu yang datang dari syaitan ialah ragu yang melupakan kita daripada melakukan ibadat.
Manakala ragu yang datang dari jiwa nurani itulah keraguan terhadap kebenaran perbuatanmu, yang senantiasa mempersoalkan, apakah perbuatan ini sejajar dengan agama atau tidak,” terang Rabiah panjang lebar.
Aku terdiam. Ada sesuatu yang menyesak jiwaku. Hatiku meronta, debar jantungku jadi tidak keruan.
Duhai, mengapa?
“Bagaimana mungkin aku dapat menipu perasaan sendiri, perasaan menyukai seorang insan bergelar lelaki. Apakah salah menyukai seseorang?” aku bersuara, perlahan.
“Tidak salah menyukai seseorang tetapi batasan perlu ada. Jika perlu, perketatkan lagi batasan agar cinta kita lebih terpelihara walaupun perkara itu sungguh menyakitkan dan memeritkan. Allah berkata dalam surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud; boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,” ujar Rabiah, penuh tersirat.
Nafasku semakin tersekat. Ada sesuatu yang menghenyak nubari ini. Duhai, apakah perasaan ini?
Perasaan yang melonjak-lonjak, yang membungkam jiwa ini. Terasa tandus sekali atma ini.
Mengapa?
“Mengapa… mengapa perlu menempuh jalan yang memeritkan itu? Mengapa perasaan itu harus ditahan-tahan, bukankah ia menyeksakan?” luahku, sedikit emosi.
Rabiah menghela nafasnya, dia melemparkan segarit senyuman, entahkan hambar mahupun kasihan, aku tidak pasti. Senyum itu bagai mahu memberi sinar baru buatku.
“Sesungguhnya mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.”
Sejurus itu, air mataku terus mengalir, deras. Tali yang menjerut jiwaku, yang membelit kalbuku selama ini terlerai semuanya, bagaikan gusar dahulu lesap, hilang ditelan madah pujangga yang dilafazkan oleh Rabiah, seakan-akan lagu Pesona Cinta nyanyian Hijjaz mengusap-usap gegendang telingaku.
Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah berubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku
Jiwa terpaut menyaksi seribu pengorbanan dihulur
Cipta kasihan bersemi mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti mengharap tak mendatang
Kesetiaan dijunjung rupanya tak ke hujung
Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja
Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya
Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati
Kesucian cinta ikhlas tak diundang
Peliharalah…
Bersambung..... . . . .
Oleh: SYERAHO, Temanhidup @yahoogroups.com

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "