2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 10:18 AM

9Selasa,April

BerSenam boleh pertingkat fungsi otak

SENAMAN sepanjang hayat dapat membantu meningkatkan fungsi otak dalam jangka masa panjang.

 

M

enurut satu kajian, mereka yang terlibat dalam kegiatan senaman secara kerap menunjukkan kesan lebih baik dalam ujian mental pada usia 50 tahun.

 

Ini termasuklah bermain sukan, berlari, berenang atau mengangkat berat di gimnasium sejak muda.

 

Laman Independent.co.uk melaporkan bahawa lebih daripada 9,000 individu mengambil bahagian dalam kajian itu sejak berusia 11 tahun.

 

Interviu dijalankan secara kerap dalam usaha memantau tahap senaman mereka. Para peserta juga menjalani ujian ingatan, perhatian dan pembelajaran mereka.

 

Mereka yang bersenam dua hingga tiga kali sebulan sejak berusia 11 tahun mendapat markah lebih tinggi berbanding mereka yang tidak bersenam.

Ketua penyelidik kajian ini, Dr Alex Dregan, dari King's College London, berkata: "Senaman memaparkan komponen penting mengelakkan masalah kesihatan dalam gaya hidup, penyakit kardiovaskular, kencing manis dan barah. Maka senaman berpotensi mengurangkan beban peribadi dan sosial yang dikaitkan dengan penuaan."

 

Dapatan kajian itu disiarkan dalam jurnal Psychological Medicine. Panduan umum menunjukkan bahawa warga dewasa berusia antara 19 tahun dengan 64 tahun sebaiknya bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.

 

"Memang sudah lama kita tahu bahawa tubuh yang sihat dikaitkan dengan minda yang sihat. Namun tidak semua orang yang sanggup atau mampu bersenam selama 150 minit dalam tempoh seminggu.

 

"Bagi golongan ini apa jua tahap senaman mampu memberi manfaat kepada tubuh dalam jangka panjang dan inilah yang perlu ditinjau secara mendalam," kata Dr Dregan.

Beliau menambah seseorang boleh menetapkan sasaran senaman ringan di peringkat permulaan dan kemudian meningkatkan kekerapan senaman itu, selain intensitinya dalam usaha meningkatkan terus tahap senaman.

 

"Cara sebegini boleh dianggap lebih berkesan," tambahnya.

 

Menurut Dr Dregan lagi, senaman dengan intensitinya lebih tinggi dapat memberi manfaat lebih kepada otak berbanding kegiatan ringan.

 

"Ujian klinikal perlu terus dijalankan untuk menentukan manfaat senaman bagi kebajikan kognitif warga tua," jelas beliau lagi.

Unknown , Selasa, April 09, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog