BELFAST, 31 Mar 2013 - Satu kajian saintis dari Universiti Queen's, di sini mendapati, pengambilan aspirin seminggu atau sebulan sekali mampu mengurangkan risiko menghidap penyakit kanser.
Menurut akhbar Daily Express yang memetik laporan kajian itu, risiko menghidap penyakit kanser leher dan kepala boleh dikurangkan sebanyak 22 peratus menerusi pengambilan dos biasa aspirin seminggu atau sebulan sekali.
Menurut laporan itu, golongan berusia antara 55 dan 74 tahun, merupakan kelompok paling cerah untuk menghindari penyakit terbabit dengan pengambilan aspirin secara teratur.
Pengambilan aspirin bagi golongan pertengahan usia pula disahkan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
Akhbar itu melaporkan, kajian berkenaan dijalankan bagi menguji kesan pengambilan aspirin dan ibuprofen terhadap risiko kanser kepala dan leher.
Hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal perubatan, British Journal of Cancer mendapati, pengambilan dua jenis ubat berkenaan merupakan cara paling berkesan mengelak pertumbuhan kanser.
Saintis turut menyimpulkan bahawa aspirin mampu berfungsi sebagai agen chemopreventive, sejenis dadah untuk menghalang penyakit, dan kajian secara berterusan terhadap ubat berkenaan wajar dijalankan.
Setiap tahun, dianggarkan 16,000 orang di Britain berisiko menghidap kanser kepala dan leher.
Ketua Eksekutif Yayasan Kesihatan Pergigian Britain, Dr. Nigel Carter berkata: "Penggunaan aspirin dipercayai membantu menyekat pertumbuhan beberapa jenis kanser. Jika kaedah tersebut benar-benar berjaya untuk kanser mulut, ia boleh menjadi pemangkin untuk menjalankan lebih banyak kajian.
"Namun perlu diingatkan, pengambilan aspirin menjadi sia-sia jika orang ramai mengabaikan tentang bahaya merokok, alkohol dan amalan diet teruk kerana ketiga-tiga ancaman itu boleh menyebabkan kanser mulut," jelasnya. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130401/lu_13/Aspirin-kurangkan-risiko-kanser#ixzz2PAjf7AVH
© Utusan Melayu (M) Bhd

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "