2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Apa hendak buat bila dimarahi?

S

EMUA orang mempunyai sifat marah. Ia adalah emosi kasar yang berpunca dari rasa tidak puas hati atau rela terhadap sesuatu atau seseorang. Perasaan marah berbeza daripada seseorang kepada seseorang yang lain.

 

Ada orang marah dalam diam. Ia seperti api di dalam sekam; sentiasa membakar. Jika tidak dilepaskan, ia bertukar menjadi dendam.

 

Ada yang cepat marah dan cepat redanya marahnya seperti letupan bom. Ia meletus dan padam tidak lama kemudian, hinggakan orang yang dimarahi jadi hairan mengapa orang yang memarahinya itu boleh tersenyum dan berbual mesra dengannya tidak sampai beberapa minit dia dibambu.

K

ajian psikologi perlakuan manusia banyak memperkatakan mengenai marah dan cara mengawalnya. Daripada sudut agama juga marah dilihat sebagai sesuatu yang berpunca daripada angkara nafsu. Pendek kata, banyak sekali diperkatakan mengenai si pemarah dan cara-cara mengawal kemarahan.

 

Tetapi, bagaimana pula cara-cara menangani situasi bila dimarahi atau di pihak yang kena marah? Mengapa sedikit sangat kita menyelidik ke atas pihak yang kena marah? Bukankah kemarahan itu di antara dua pihak? Saya berminat untuk membicarakan mengenai kemarahan dalam bentuk lisan dan tulisan. Kemarahan dalam bentuk fizikal pula tidak perlu dibincangkan kerana ia begitu mudah ditangani.

 

Ada tiga cara menghadapi kemarahan secara fizikal apabila orang yang marah itu bertindak secara fizikal. Pertama, melawan. Kedua, bertahan. Ketiga, angkat tangan!

 

Biasanya, apabila dimarahi, seseorang itu akan menerima hujan kata-kata. Dia mendengar laungan suara yang tinggi dan kuat lagi membingitkan. Ataupun, dia mendengar bebelan dan leteran yang perlahan tetapi menghiris perasaan. Segala kata nista, maki hamun dan cerca menjadi perkataan pilihan orang yang memarahi.

 

Mungkin juga peribadi orang yang dimarahi itu dihina. Mungkin sekali datuk, nenek, ibu, bapa dan bangsa menjadi simbol-simbol yang dipilih untuk menggugat dan meruntuh perasaan dan harga diri orang yang dimarahi. Oleh itu, bagaimana mengawal perasaan apabila dimarahi?

 

Andainya kita salah, dengar sahaja sehingga orang yang memarahi reda kemarahannya. Ia pasti berlaku kerana sukatan hormon adrenalinnya terhad pengeluarannya dalam sehari. Apabila adrenalinnya habis, dia akan letih, lemah dan berpinar kepalanya. Muka seposen, tundukkan kepala, diam tidak menjawab dan kemudiannya meminta maaf serta mengaku salah adalah ubat yang paling mujarab dalam menangani situasi bila dimarahi.

 

Bila kita bertemu kembali orang yang memarahi pada tempoh berikut, sama ada sejam ataupun pada keesokan hari, buatlah seperti biasa dan mesra. Pasti orang yang memarahi sukar naik angin lagi dengan kita. Sebabnya, dia akan timbul rasa kagum terhadap kita  yang tidak ambil hati dengan kemarahan dia. Kemarahannya pada waktu lain kelak akan rendah tahapnya.  Bagaimana pula, jika kita dimarahi walaupun kita tidak bersalah? Kita akan geram dan akan menjawab. Ia boleh jadi berpanjangan andainya orang yang marah itu tinggi egonya dan tidak mahu mengaku kalah. Pertengkaran itu memenatkan. Berhujahlah dengan tenang. Kendurkan suara serendah-rendahnya hingga suaranya akan ikut rendah, petanda kemarahannya beransur hilang.

 

Betapa pun, pada hari ini, alam siber menjadikan situasi yang kompleks berlaku apabila kita tidak kenal orang yang memarahi kita. Tindakan dan fikiran kita dikritik habis-habisan. Kepakaran kita dipersoalkan. Hujah-hujah kita diperlekehkan. Perlu diingat, orang yang tinggi ilmunya tidak akan mempamerkan kehandalannya dari jauh, kecuali jika berdepan satu lawan satu. Pada hari ini kita dapati begitu ramai yang membawa debat di kedai kopi di alam siber dengan ilmu tidak setinggi mana.

 

Yang menjadi masalahnya ialah apabila kita pula mengambil hati, tergugat perasaan hingga sakit jiwa apabila dimarahi dalam bentuk tulisan dari orang yang tidak dikenali itu. Sebenarnya, kita yang rugi masa apabila terkesan dengan apa jua kemarahan orang lain.

 

Rugi kerana tidak sedar bahawa orang yang memarahi kita melalui tulisan dengan bahasa yang pedih dan menghiris itu cepat lupa. Sebaik sahaja dia berhenti menulis dan menutup komputernya, dia akan minum kopi, makan kuih, menonton televisyen, membaca akhbar atau bersembang tentang masak memasak dengan rakannya. Apa yang ditulisnya sebentar tadi, walau betapa keras, pedas dan tegas itu sudah dia lupakan. Dia sebenarnya hanya melepas perasaan.

 

Apabila marah, seperti hendak runtuh dunia. Sesaat kemudian, boleh bercakap tentang akhirat. Apakah kita tidak tahu. Maaf cakap, bukankah kita juga selalu begitu?

 


*Oleh NORDEN MOHAMED, Sinar Harian, 20 Mac 2013

Unknown , Isnin, April 15, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog