Sabtu : 26 April 2025   
@ 28 Syawal 1446H / 4:16 AM

16Selasa,April

Anak Jackson dedah punca dia pakai topeng

GAMBAR fail menunjukkan Prince (kanan) dan Paris (kiri) bersama Jackson semasa mereka melawat sebuah zoo di Berlin pada tahun 2002.

 

LOS ANGELES, 15 April 2013 - Paris Jackson yang merupakan anak perempuan kepada penyanyi yang digelar sebagai Raja Pop, mendiang Michael Jackson akhirnya mendedahkan punca dia dan dua saudara kandungnya memakai topeng selama bertahun-tahun semasa mereka masih kecil, lapor akhbar New York Daily News semalam.

 

Menurut Paris, dia, abangnya dan seorang adik lelaki tirinya memakai topeng supaya wajah mereka tidak dilihat oleh orang ramai.

 

Gadis yang berusia 15 tahun berkata, Jackson mahu anak-anaknya menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak normal yang lain.

 

"Dia (Jackson) tidak mahu orang ramai melihat rupa kami.

 

"Bapa juga mahu kami memiliki apa yang dia tidak boleh kecapi iaitu zaman kanak-kanak yang normal," katanya kepada akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin.

 

Jackson yang popular dengan lagu Beat it itu terkenal kerana kerap melindungi wajah anaknya dengan menggunakan topeng atau memakai tudung bagi mengelakkan mereka daripada dikenali orang ramai.

 

Penyanyi itu juga terkenal pada zaman kanak-kanaknya menerusi kumpulan The Jackson 5 pada tahun 1960-an.

 

Paris dan abangnya Prince Michael Jackson I yang berusia 16 tahun merupakan anak hasil perkahwinan Jackson dengan Debbie Rowe.

 

Jackson juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Prince Michael Jackson II yang kini berusia 11 tahun. Jackson II dikatakan dilahirkan oleh seorang ibu tumpang.

 

Jackson meninggal dunia ketika dia berusia 50 tahun akibat pengambilan berlebihan ubat bius propofol di rumah sewanya di sini pada 25 Jun 2009. - Agensi

 

Adam Merah , Selasa, April 16, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog