GAMBAR cermin mata milik John Lennon yang dipenuhi darah dikongsi oleh balunya, Yoko Ono sempena ulang tahun perkahwinan pasangan tersebut yang ke-44.
NEW YORK - Balu penyanyi John Lennon, Yoko Ono memuat naik gambar cermin mata yang mempunyai kesan darah milik Lennon di laman Twitter, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
Gambar lama itu dimuat naik oleh Ono, 80, untuk tatapan lebih 3.6 juta pengikut Twitternya pada Rabu lalu sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-44.
Cermin mata tersebut pernah dipakai Lennon yang juga penyanyi legenda Britain dan bekas anggota kumpulan The Beatles pada malam dia ditembak mati. Bahagian kiri cermin mata berkenaan mempunyai kesan darah dan sebelah kanan cermin juga terdapat sedikit percikan darah.
"Kematian orang disayangi adalah pengalaman menyedihkan. Selepas 33 tahun, saya dan anak lelaki kami, Sean masih merinduinya," kata Ono di Twitternya.
Pasangan tersebut berkahwin pada 20 Mac 1969.
Lennon yang berusia 40 tahun mati ditembak bekas pengawal keselamatan, Mark David Chapman dengan menggunakan sepucuk pistol di depan bangunan apartmen mereka di sini pada 8 Disember 1980. Chapman kemudian dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh Lennon. - Agensi
Gambar lama pasangan John Lennon dan Yoko Ono
Wajah terbaru Yoko Ono

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "