K |
ewujudan haiwan merupakan sebahagian daripada evolusi alam. Kerakusan manusia menyebabkan sebahagian besar spesies haiwan pupus begitu sahaja. Setiap detik dan saat, jumlah spesies terancam seluruh dunia meningkat disebabkan tindakan manusia memburu haiwan sekali gus menghilangkan habitat semula jadi.
Berikut adalah sebahagian daripada haiwan terancam yang mendapat perhatian di peringkat global ::
1- Ikan jerung
Lebih 100 juta spesies jerung dibunuh setiap tahun untuk mendapatkan sirip bagi sumber makanan penduduk Asia. Persidangan Cites Mac lalu mengisytiharkan spesies jerung seperti tukul, porbeagle, tukul rata, putih dan pari manta digazet sebagai hidupan akuatik terlindung. Satu akta diwujudkan membabitkan eksport terhad dikenakan kepada pedagang.
2- Beruang kutub
Ratusan beruang kutub menjadi buruan manusia setiap tahun untuk dieksport ke Amerika Syarikat (AS). Akan tetapi negara itu kini telah mengenakan sekatan terhadap penggemar daging beruang kutub sekali gus ia diharamkan memasuki pasaran AS. Bagaimanapun, tindakan AS dikritik Britain yang juga satu-satu negara membenarkan perdagangan daging beruang kutub.
3- Badak putih
Sepasukan anti penceroboh ditubuhkan bagi mengawal spesies badak putih utara di pusat pemuliharaan Ol Pejeta, Kenya. Pusat berkenaan merupakan habitat bagi lapan ekor badak putih utara sekali gus menjadi haiwan liar yang paling diancam di dunia. Sekurang-kurangnya 745 badak dicuri seluruh Afrika pada 2012, membabitkan sebanyak 668 ekor di Afrika Selatan. Tanduk-tanduk badak memiliki nilai tertinggi di pasaran gelap di Vietnam. Sementara itu, kerajaan Kenya telah mengharamkan eksport tanduk badak yang dibunuh daripada Afrika Selatan dan Swaziland.
4- Penyu
Laporan menyebut, penyu adalah sejenis haiwan eksotik yang paling digemari penduduk Asia, selain menjadikannya sebagai haiwan peliharaan seluruh dunia. Lapan spesies penyu kulit lembut dan 30 spesies penyu air tawar disekat perdagangannya oleh China dan AS. Perlindungan diperluas melibatkan Indochinese box, Annam leaf, Roti Island snake-necked, dan Blanding’s turtles.
5- Gajah Afrika
Tengkorak dan rangkanya ditemui di dalam hutan luar perkampungan Sounga, daerah Gamba, Gabon. Kira-kira 1.3 juta gajah dilaporkan berhabitat di Afrika dalam 1979 tetapi populasinya merudum kepada 400,000 pada hari ini. Gadingnya digemari penduduk China. Sekurang-kurangnya 25,000 dibunuh pada 2012.
Antara dua spesies haiwan yang mengalami kepupusan adalah ::
1- Harimau Tasmania
Haiwan ini dilaporkan pupus dalam 1930 dan foto masih disimpan di Universiti Melbourne.
2- Katak platipus
Katak platipus (Rheobatrachus silus), dikatakan mungkin pupus kerana hanya dilihat kali terakhir pada 1981.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "