2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Saintis siasat piramid di Jawa Barat

PEMANDANGAN di Gunung Sadahurip Jawa Barat yang dikatakan mempunyai bentuk seakan-akan sebuah piramid.

 

Tiga kementerian bincang usaha sokong laksana penyelidikan

 

JAKARTA : Sepasukan saintis sedang berusaha melakukan penyelidikan mengenai khabar angin kononnya wujud piramid di Gunung Sadahurip dan Gunung Padang Cianjur Jawa Barat.

 

Pegawai khas presiden dalam pengurusan bencana dan hal ehwal sosial Andi Arief, beliau mengadakan satu mesyuarat pada Jumaat membincangkan mengenai isu itu.

 

Saya berharap dapat meyakinkan tiga orang menteri negara ini bagi menyokong usaha kumpulan saintis berkenaan,” katanya.

 

Mesyuarat dihadiri ahli Pasukan Kajian Katastrofik Purba, diketuai ahli sismologi, Danny Hilman dan wakil dari kementerian pelancongan, teknologi dan penyelidikan serta kebudayaan dan pendidikan.

 

Andi berkata mesyuarat tidak rasmi juga diadakan antara pasukan itu dan pegawai dari Kementerian Pelancongan.

 

Kementerian berkenaan akan membawa pakar, peralatan dan dana untuk membantu projek berkenaan. Penemuan piramid di Indonesia, kata Hilman akan menulis semula sejarah di kepulauan berkenaan dan mungkin juga di dunia.

 

Kita boleh buktikan bahawa tamadun purba kita lebih maju berbanding apa yang dipercayai sebelum ini, malah lebih lama daripada Majapahit,” katanya merujuk kepada satu daripada kerajaan purba dan terbesar yang diketahui.

 

Timbalan menteri teknologi dan penyelidikan, Teguh Rahardji, berkata pejabat beliau akan melihat perkara itu sebelum memutuskan sama ada akan terbabit atau tidak.

 

Kami menyokong penyelidikan seperti ini,” katanya.

 

Pasukan itu, kata Andi pada awalnya mahu melakukan penyelidikan geologi berbanding mencari piramid. Beliau berkata idea untuk mencari piramid datang selepas sebuah syarikat pelancongan Geotrek Indonesia menyifatkan bahawa Gunung Sadahurip di daerah Garut kelihatan terlalu berbentuk piramid berbanding bentuk semulajadi.

 

Tidak semua percayakan teori piramid terbabit. Sujatmiko, seorang ahli geologi dari Persatuan Pakar Geologi Indonesia berkata beliau menyangkakan Sadahurip terbentuk secara semula jadi.

 

Gunung itu berada di garisan gunung berapi utama di Jawa Barat dan Sujatmiko berkata ia terbentuk sebagai sebuah timbunan piroklastik gunung berapi daripada magma yang muncul dari permukaan bumi tanpa saluran magma tipikal di bawahnya.

 

Pemangku Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan, Gde Pitana berkata tanggapan sejarah Indonesia mungkin termasuk piramid adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Terlalu banyak gunung di sini yang tidak perlu lagi dibina struktur tinggi untuk tujuan penyembahan. – Agensi

Marjaki Rawo , Isnin, Mac 25, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog