SINGAPURA, 22 Mar 2013 - Interbrand, satu daripada perunding penjenamaan terbesar dunia mengumumkan Parkson Malaysia berada di rangking kedua sebagai jenama runcit paling bernilai di Asia Tenggara.
Rangking lima Jenama Runcit Paling Bernilai Asia Tenggara bagi 2013 yang dibangunkan oleh Interbrand itu, menyaksikan FairPrice dari Singapura berada di tempat pertama.
Jenama runcit lain yang berada dalam senarai itu ialah SM Dept Stores (Filipina) di tempat ketiga, Matahari Dept Stores (Indonesia) di tempat keempat dan Big C (Thailand) di kedudukan kelima.
Parkson, jenama Malaysia yang kini terdapat di China, Indonesia dan Vietnam, bermula 25 tahun lepas sebagai jenama bagi ‘setiap orang, tidak kira siapa diri anda'.
Hari ini, jenama itu turut meraih kejayaan dalam e-katalog dalam taliannya dan promosi biasa yang melibatkan pembeli.
Industri runcit global menyaksikan keadaan tidak menentu beberapa tahun ini disebabkan penurunan keyakinan pengguna dan Asia Tenggara tiada perbezaan. Di seluruh rantau dan pasaran utamanya (Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam), industri runcit melihat perubahan amat besar dalam tempoh beberapa tahun lepas.
Dirangsang oleh perbelanjaan daripada pengguna kelas pertengahan, kebanyakan pasaran menyaksikan peningkatan permintaan bagi pelbagai barangan, termasuk runcit, fesyen dan penambaikan rumah.
Menurut PricewaterhouseCoopers, kuantiti pertumbuhan jualan runcit Asia Pasifik diunjur berkembang enam peratus pada 2013, lebih rendah berbanding pertumbuhan 9.6 peratus pada 2010.
Meskipun rantau ini kekal sebagai destinasi utama bagi peruncit, laluan di masa depan dijangka berdepan dengan cabaran, dan beberapa peruncit lebih berjaya daripada yang lain. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "