Khamis : 24 April 2025   
@ 26 Syawal 1446H / 3:16 AM

15Jumaat,Mac

Pakar: Kanak-kanak obes berisiko hidap 'sleep apnea'

KUALA LUMPUR, 15 Mar 2013 - Golongan kanak-kanak yang obes didapati berisiko menghidap 'sleep apnea' atau gangguan pernafasan semasa tidur.

 

Presiden Persatuan Permasalahan Tidur Malaysia (SDSM) Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata gangguan itu berlaku akibat berat badan berlebihan yang menyempitkan saluran pernafasan mereka.

 

"Apabila kanak-kanak yang obes tidur, udara di saluran pernafasan tidak dapat bergerak dengan sempurna dan ia akan menyukarkan mereka untuk bernafas," katanya pada majlis sambutan Hari Tidur Sedunia 2013 di sini, hari ini.

 

Menurutnya sleep apnea juga terjadi kepada mereka yang menghidap penyakit berkaitan pernafasan yang lain seperti asma dan tonsil.

 

Beliau berkata antara simptom seseorang itu mempunyai gangguan sleep apnea ialah berdengkur semasa tidur, sering berasa lemah dan kerap mengantuk.

Menurutnya sleep apnea turut dialami golongan dewasa yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti kerap merokok, mengambil minuman keras serta tidak bersenam.

 

Bagaimanapun Dr Muhammad Muhsin berkata gangguan tidur itu boleh sembuh sekira pesakit menjalani ujian tidur 'polysomnography' yang terdapat di hospital kerajaan atau swasta yang menyediakannya.

 

"Melalui ujian itu pesakit dikehendaki tidur semalaman di makmal yang disediakan dengan beberapa wayar dipasang pada tubuh untuk dikenal pasti punca utama gangguan sama ada berpunca dari otak atau bahagian tubuh yang lain," katanya.

 

Beliau berkata masalah itu jika tidak dirawat akan menjejaskan kualiti hidup kanak-kanak dan golongan dewasa dan boleh membawa maut akibat terputus bekalan oksigen semasa tidur.

 

Hari Tidur Sedunia yang disambut setiap Jumaat, minggu ketiga dalam bulan Mac, bertujuan memberi penerangan secara khusus kepada mereka yang mempunyai masalah tidur tentang cara mengatasi dan panduan penjagaan tidur yang baik. - Bernama

Unknown , Jumaat, Mac 15, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog