/

Paintball Marker Dilarang Di Tempat Awam

JOHOR BAHARU, 21 Mar 2013 - Orang ramai diingatkan agar tidak membawa 'paintball marker' di tempat awam kerana ia menyalahi Akta Senjata 1960.

 

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaakob berkata alat itu dikategori sebagai senjata dan masih belum dikategorikan sebagai peralatan sukan di bawah Akta Sukan walaupun ia digunakan dalam aktiviti rekreasi.

 

"Untuk menggunakan senjata ini, seseorang perlu berdaftar dengan mana-mana kelab paintball yang berlesen dan hanya menggunakannya di padang yang ditetapkan oleh kelab paintball tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

 

Beliau berkata seorang lelaki berusia 30-an ditahan 15 Mac lalu di Jalan Kebun Teh di sini kerana memiliki sepucuk senjata paintball. Lelaki itu didapati memiliki senjata itu apabila ditahan selepas cuba melarikan diri dengan keretanya dari pihak polis.

 

Namun dia berjaya ditahan selepas keretanya hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta peronda yang turut mengejarnya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan dan boleh dipenjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

 

Lelaki itu turut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Bernama

Adam Merah , Khamis, Mac 21, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog