Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 12:17 AM

27Rabu,Mac

Malaysia tidak import 4 produk Kit Kat mengandungi cebisan plastik

KUALA LUMPUR, 27 Mar 2013 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjelaskan bahawa Syarikat Nestle Manufacturing (Malaysia) mengesahkan tidak pernah mengimport empat produk Kit Kat keluaran syarikat Nestle yang dilaporkan mengandungi cebisan plastik.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kesemua produk Kit Kat yang dipasarkan di negara ini oleh Nestle Malaysia adalah keluaran tempatan.

 

Katanya, KKM mengambil maklum laporan yang disiarkan beberapa laman web mengenai penarikan balik empat produk Kit Kat keluaran Nestle yang berpangkalan di Switzerland iaitu varian Hazelnut, Peanut Butter, Chocolate Fudge dan Karamel yang didapati mengandungi cebisan plastik.

 

Dr Noor Hisham berkata, semakan yang dilakukan melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) sehingga 26 Mac juga menunjukkan tiada pengimportan empat jenis produk Kit Kat tersebut ke negara ini.

Pada 23 Mac, sebuah akhbar berbahasa Inggeris di Singapura melaporkan di laman webnya, Nestle Switzerland menarik balik empat produk Kit Kat sebagai langkah berjaga-jaga berikutan tujuh pelanggannya di United Kingdom menjumpai cebisan plastik dalam produk itu. - Bernama

 

 

Unknown , Rabu, Mac 27, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog