Sajian sihat lebih berkesan atasi sedih
NEW YORK, 17 Mar 2013 - Amalan memakan makanan ringan ketika seseorang di dalam keadaan sedih tidak akan membantu membaiki perasaan seseorang sebaliknya semakin meningkatkan kemurungan mereka, lapor satu kajian baru.
Hasil kajian dibentangkan oleh pasukan penyelidik Universiti Penn State di persidangan Persatuan Psikosomatik Amerika di Miami.
"Kami berminat mengkaji wanita dalam kehidupan seharian untuk melihat sama ada mood berubah sebelum atau selepas mereka menikmati makanan tidak sihat," Kristin Heron, Penyelidik Universiti Penn State
Pasukan berkenaan meminta 131 wanita muda membawa komputer riba, yang akan mengingatkan mereka sepanjang hari untuk memberi reaksi kepada persoalan apa yang mereka rasakan dan apa yang dimakan.
“Kami berminat mengkaji wanita dalam kehidupan seharian untuk melihat sama ada mood berubah sebelum atau selepas mereka menikmati makanan tidak sihat dan tindak tanduk mengawal berat,” kata salah seorang penyelidik, Kristin Heron.
Tanpa dijangka, wanita tidak melaporkan mengalami banyak perubahan sebelum mood mereka berubah walaupun mengambil makanan rapu.
Bagaimanapun, jika dalam keadaan mood yang tidak baik, mereka akan berasa lebih teruk selepas makan makanan tidak berkhasiat.
Dalam erti kata lain, makanan menenangkan tidak membantu langsung.
Walaupun banyak apa yang dikatakan bukti adalah anekdot, saintis mengetahui memakan makanan sihat boleh memberi impak kepada mood. Sebagai contoh, minyak Omega-3 dalam ikan seperti salmon boleh membantu memerangi kemurungan.
Bagaimanapun, kebanyakan orang percaya pemilihan makanan kurang sihat seperti coklat boleh menggembirakan seseorang. Tambahan pula kajian pada 2007 mengiyakan coklat boleh membuatkan seseorang berasa lebih baik tetapi cuma tiga minit.
Lebih teruk berbanding tidak boleh menaikkan mood, sebahagian makanan sebenarnya berkesan dalam tubuh menjadikan seseorang berasa lebih teruk.
Dr Jennifer Landa, yang menulis untuk Fox News, berkata kerepek kentang digoreng dalam asid lemak Omega-6 yang menghalang kemampuan tubuh memproses lemak Omega-3 yang sebenarnya membuat seseorang lebih gembira. – Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "