2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Cerpen :: Cili Girls : Part 6/7

BILIK GURU…..

 

"Cikgu Daniel, cepat ke Blok F sekarang!. Cili Girls tengah bergaduh dengan pelajar Upper 6!!!."

 

B

erderau darah Jullian apabila mendengar berita yang dikhabarkan oleh salah seorang pelajar junior yang tiba-tiba saja menerpa masuk ke dalam bilik guru. Jullian, Fahmi dan beberapa orang guru lain segera saja berlari merentas bilik guru dan menuju ke blok F tempat letaknya kelas pelajar Tingkatan Enam Atas.

 

"Kau ni memang celakalah!. Yang kau suka-suki nak raba kawan aku, apa hal?!. Siallah!"

 

Stella sedang naik gila dalam kelas Tingkatan Enam Atas kelihatan kerasukan melempar sebuah kerusi kayu hampir tepat mengenai wajah Nizam. Para pelajar lain kelihatan terkedu dan tidak berani mendekati gadis itu juga Cili Girls yang sedang meradang.

 

Nizam yang tadinya sihat waalfiat dan boleh ketawa terbahak-bahak akhirnya berguling-guling di atas lantai kelas mereka dengan wajah lebam-lebam apabila dihentam oleh Cili Girls yang datang tiba-tiba.

 

Para pelajar lelaki lain tidak membantu kerana mereka semua memang anti dengan Nizam yang berpelakuan buruk dan disyaki terlibat dalam pelbagai aktiviti tak bermoral. Kegilaan Nizam tiba pada batasnya apabila dia cuba meraba Aina, salah seorang dari ahli Cili Girls ketika gadis itu datang ke sekolah pagi tadi. Akibatnya… pemuda itu sudah hampir nyawa-nyawa ikan sekarang.

 

"Aku rasa kau ni kalau mampus lebih baik daripada terus hidup atas dunia ni. Aku memang dah lama rasa nak pecahkan kepala kau.!"

 

"Stop it Stella! Stop it!!"

 

Jullian merentap kasar tangan Stella yang cuba memukul kepala Nizam dengan kerusi kayu yang dibalingnya tadi. Mujurlah Jullian sempat menahan, jika tidak mahu ada kematian yang berlaku hari itu.

 

Jullian terkejut besar melihat wajah Stella yang merah padam seperti kerasukan syaitan saat itu. Lengan baju gadis itu juga koyak dan darah merah pekat menitis dari lengannya. Jullian terpaku seketika melihat keadaan gadis itu. Keadaan kelas Tingkatan Enam Atas yang berselerakan dengan cermin-cermin kaca yang pecah berderai juga kerusi yang berselerakan menunjukkan yang Cili Girls benar-benar jadi gangster hari itu!.

 

"Ya.. Allah, Stella, bangun Stella!" Jullian terjerit besar apabila sekujur tubuh itu terkulai layu di depan matanya. Cili Girls dan pelajar lain kelihatan tercengang.

 



 

HOSPITAL…

 

"Nizam tolak Stella tepi tingkap, sebab tu lengan dia berdarah. Nizam cuba tumbuk Stella, tapi Stella mengelak dan dia sepak terajang Nizam pula. Bila Nizam nak lawan balik, kami berlima lawan dia habis-habisan sampai dia hampir mati."

 

P

enerangan Marziana tentang perihal yang berlaku hanya mampu membuatkan Jullian menggeleng-geleng kepala. Mujurlah Nizam tidak cedera parah, jika tidak mahu Cili Girls akan dibuang sekolah dan diberkas polis. Syukur juga keluarga Nizam langsung tidak menyalahkan Stella dan keluarga Nizam sendiri beranggapan yang anak mereka sewajarnya diberi pengajaran sedemikian kerana suka mencari pasal dengan orang lain.

 

'Pang!!'

 

Jullian dan Cili Girls terpempam apabila melihat Stella yang baru keluar dari bilik rawatan jatuh menyungkur apabila ditampar oleh seorang lelaki tua yang dikenali mereka sebagai Tan Sri Malik. Bapa kepada Stella.

 

"Papa tak pernah ajar kamu jadi gangster Stella. Daripada dulu kamu selalu sangat menyusahkan hidup papa!!. Kamu selalu buat perkara yang papa tak suka!. Anak jenis apa kamu ni!?." Bentakan Tan Sri Malik hanya dipandang remeh oleh Stella.

 

Dia yang masih lemah berdiri perlahan sebelum memegang lengan Jullian apabila merasakan dirinya hampir tumbang. Jullian bimbang jika sikap kasar Tan Sri Malik hanya membuatkan Stella bertambah cedera.

 

"Papa memang tak pernah ajar Stella apa-apa pun. Stella tak pernah minta dilahirkan atas dunia ini dengan berbintikan nama papa. Stella rasa malang, papa tahu tak?" Jawapan kurang ajar Stella menyebabkan Tan Sri Malik hampir saja menghadiahkan penampar kedua di pipi gebu gadis itu. Mujurlah Jullian sempat menahan dan melindungi gadis kesayangannya.

 

Jullian rasa menyesal kerana menalifon Tan Sri Malik dan mengadukan hal itu kepadanya. Dia tidak menyangka yang perhubungan Stella dan papanya begitu buruk.

 

Mengikut cerita Marziana, Stella sudah kematian ibunya sejak kecil. Papanya pula sangat sibuk dengan urusan perniagaan dan jarang endahkan perihal Stella. Setelah Stella berkeputusan untuk berkecimpung dalam bidang muzik dua tahun lepas, Tan Sri Malik naik angin dan terus menghantarnya untuk belajar dalam bahagian Sains tanpa persetujuan Stella. Akibatnya Stella semakin membenci ayah kandungnya sendiri.

 

"Cukup Tan Sri, jangan sakiti Stella lagi. Dia tak salah dalam hal hari ini. Dia cuma ingin mempertahankan diri dan maruah kawannya. Saya harap Tan Sri faham dan tidak mencederakan Stella dengan cara ini." Jullian bersuara tegas dan mendinding Stella dengan tubuhnya. Tidak mahu tangan Tan Sri Malik melayang lagi menyentuh wajah gadis itu. Sudahlah lengan Stella dijahit sepuluh jahitan, tidak perlulah lagi wajah gadis itu pula mendapat lebam dengan kekasaran papanya sendiri.

 



 

D

ua minggu berlalu dari peristiwa itu dan berita yang paling mengejutkan ialah Stella terpaksa dibuang sekolah dan belajar di sekolah lain demi mengelakkan Cili Girls mendapat tempias dari incident yang telah berlaku.

 

Stella mengaku bersalah bersendirian pada pengetua kerana telah mencederakan Nizam dan dia berjanji tidak akan bersekolah di situ lagi asalkan ahli Cili Girls yang lain tidak dikenakan sebarang denda. Pengetua yang sudah dihasut oleh Cikgu Suzila juga Cikgu Aza akhirnya sebulat suara bersetuju memberhentikan Stella dari terus bersekolah di situ.

 

"Kenapa kau mesti buat keputusan melulu macam ni Stella?. Kami tak nak kehilangan kau.."

 

Marziana menangis seraya memeluk erat bahu Stella di saat gadis itu menghadirkan diri untuk hari terakhir persekolahannya di sekolah itu.

 

"Ini semua salah aku, aku tak sepatutnya cakap dekat kau yang Nizam cuba raba aku. Sepatutnya semua incident itu tak terjadi dan kau tak sepatutnya dibuang sekolah.."

 

Aina pula tersedu sedan sambil memeluk Stella.Stella hanya diam dan menahan sebaknya dalam hati.

 

"Ish, apa hal pulak kau nak diamkan diri Aina jika ada sesiapa nak raba kau. Aku sebagai seorang kawan rasa sangat bangga jika dapat defend kawan sendiri dari sebarang perkara buruk kau tahu tak?"

 

Stella menjawab dengan suara yang cuba diceriakan.

 

"Kau tak sepatutnya tanggung semua kesalahan ni bersendirian Stella. Kami berlima sanggup kena buang sekolah bersama kau."

 

Penyataan Sri Amira hanya membuatkan Stella menggeleng-geleng kepala. Stella tidak akan membenarkan rakan-rakannya membuat keputusan bodoh hanya kerana ingin menyelamatkannya. Stella sentiasa boleh survive walau di mana jua dia berpijak. Dia tidak mahu Cili Girls merasai kesusahan yang bakal dialaminya tidak lama lagi.

 

"Betul cakap Sri tu Stella. Kami sanggup cakap dekat pengetua yang kau tak bersalah dan kalau dia tetap nak buang kau dari sekolah ini, biarlah dia buang kami berlima juga." Saddyana menyambung dengan sedu sedannya.

 

"Dahlah, korang tak payah nak merepek. Aku boleh survive walau dimana jua aku sekolah sebab aku dah biasa hidup begini sejak kecil. Aku taknak korang merasai perkara sama yang aku rasai. Aku cuma nak korang janji, korang berlima mesti belajar bersungguh-sungguh, dapat menyandang karier yang baik dan InsyaAllah kita semua akan bertemu kembali dengan kejayaan masing-masing di masa hadapan." Stella bersuara tenang, cuba menyedapkan hati lima sahabatnya itu.

 

Memang benar sejak dari kecil Stella selalu berpindah sekolah mengikut suka-suki papanya. Dan.. sekarang, dia juga tidak terlalu berat hati untuk berpindah sekali lagi. Asalkan lima teman baiknya itu tidak mendapat susah dari pihak sekolah.

 

"Tapi.. sekolah pasti akan jadi tak best bila kau takde.."

 

Siti Solehanom memeluk Stella dan menangis rancak. Stella hanya mampu menepuk-nepuk lembut bahagian belakang rakannya itu.

 

"Alah girls.. aku cuma berhenti sekolah saja. Bukan aku mati pun. Kita masih boleh jumpa kan?. Korang tak payahlah sedih sangat. Sampai mati pun, aku takkan lupakan persahabatan kita berenam ini. Cili Girls always be my best friends forever. Chill lar.. jangan nangis-nangis." Stella cuba memujuk dan dia memeluk semua ahli kumpulan Cili Girls yang bakal ditinggalkannya. Aina, Saddyana, Mar, Sri dan Anom yang sentiasa menceriakan harinya dalam sekolah itu.

 

"Janji dengan kita orang yang kau takkan lost contact dengan kami berlima walaupun kau belajar dekar luat negara.?" Sri membuka mulut dengan sedu sedannya.

 

Mereka mendapat berita yang Tan Sri Malik akan menghantar Stella bersekolah di luar negara sebaik saja SPM yang bakal berlangsung dua bulan lagi tamat.

 

"Ya ,aku janji. Dan, aku juga nak korang berlima janji yang korang takkan berkahwin sebelum aku kahwin. Boleh tak?"

 

Stella yang hanya bergurau dalam pertanyaannya terkejut kecil apabila kelima-lima ahli Cili Girls hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda berjanji.

 

Mereka berenam berpelukan sehinggalah Aina berdehem kecil apabila melihat wajah sugul Jullian yang berdiri tidak jauh dari mereka. Stella yang menyedari kehadiran pemuda itu segera saja menapak meninggalkan kawan-kawannya untuk mendapatkan sedikit privasi.

 

"Maafkan saya sebab dah menyusahkan cikgu untuk kendong saya ke hospital kali lepas." Stella membuka mulut apabila Jullian hanya diam membisu memandangnya dengan pandangan sedih.

 

Mengikut kata Aina, Jullian bersusah payah mengendongnya yang tidak sedarkan diri akibat kehilangan banyak darah ke hospital berhampiran kali lepas. Sayang sangat Jullian pada dirinya…

 

Jullian menahan sebak dalam hati. Jullian tidak sanggup memikirkan bagaimana hari-harinya bakal berlangsung tanpa Stella di depan mata.

 

"Saya ada satu hadiah untuk cikgu. Nanti bila cikgu balik rumah, cikgu tengoklah." Stella mengeluarkan sekeping disc dalam beg sandangnya dan memeberikan disc itu kepada Jullian.

 

Jullian dengan tangan yang agak menggigil menyambut pemberian gadis itu. "Stella, saya cintakan awak."

 

Masa seakan berhenti seketika. Stella sudah lama menunggu ungkapan itu namun sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk dia membalasnya. Stella hanya memandang Jullian dengan pandangan suram dan dia tersenyum kecil.

 

"Doakan saya berjaya di masa hadapan dan saya akan balas luahan rasa cikgu itu kelak. Saya sayangkan cikgu lebih daripada saya sayangkan semua lelaki lain. Selamat tinggal Cikgu Jullian.."

 

 


Bersambung……..??


 

Oleh : anabella

Rokiah Mad Dom , Sabtu, Mac 23, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog