2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Cerpen :: Cili Girls : Part 5

S

ebulan berlalu dari tarikh Sukan Tahunan sekolah berlangsung dan hari itu pelajar Tingkatan Lima dan Enam Atas mengadakan aktiviti perkhemahan di Gunung Ledang, Muar Johor. Cili Girls dan Jullian terlibat sama dalam aktiviti itu.

 

“Kenapa tak pasang lagi khemah ni Stella?”

 

Jullian bertanya apabila melihat Stella terkial-kial ingin memasang khemah kepunyaannya. Marziana sibuk menolong pasangan kembar Sri Amira dan Siti Solehanom. Manakala Aina dan Saddyana sibuk mengemas barang masing-masing.

 

“Er.. saya tak pandailah cikgu. Saya tak pernah berkhemah di luar sebelum ini..”

 

Jullian tersenyum dalam hati melihat wajah comel itu kelihatan agak cuak dan tidak yakin seperti selalunya. Jullian selalu menyangka yang Stella adalah pelajar yang terlebih aktif dan tahu melakukan semua perkara. Nampaknya, hari ini Jullian telah mengetahui salah satu kekurangan gadis itu.

 

“Lain kali, kalau tak pandai mendirikan khemah, mintalah pertolongan dengan orang lain.. Jangan diam aje..”

 

Jullian mengambil alih tugas Stella dan dia mula mendirikan khemah gadis itu.

 

“Semua orang sibuk. Macammana saya nak minta tolong..”

 

Stella bersuara perlahan.

 

“Saya kan ada. Kalau awak ada apa-apa kesusahan, cakap saja dengan saya. Saya akan datang membantu.”

 

Jantung Stella berhenti berfungsi seketika apabila melihat Jullian tersenyum manis memandangnya. Hari demi hari, Stella dapat merasai yang hubungan Jullian dan dirinya agak rapat berbanding dulu. Stella rasa dia mula menyukai Cikgu Jullian!.

 

“Cikgu Daniel, boleh tak tolong pasangkan khemah Suzila. Suzila tak pandailah..”

 

Stella mendongkol geram apabila melihat Cikgu Suzila sengaja menghampiri Jullian walaupun dia nampak Jullian sedang sibuk mendirikan khemah Stella.

 

“Fahmi, kau tolong dirikan khemah Cikgu Suzila!. Dia kata dia tak pandai!”

 

Jullian selamba berteriak ke arah Fahmi yang mengangguk bak burung belatuk. Cikgu Suzila jelas mempamerkan wajah bengang apabila Jullian tidak ingin membantunya. Stella pula sudah senyum hingga ke telinga. Sayang Cikgu Jullian sangat-sangat!!!.

 



 

M

alam itu semua pelajar duduk mengelilingi unggun api besar dan berborak kosong. Stella duduk disisi Jullian dan Marziana.

 

Stella, aku dah lama tak dengar kau menyanyi, apa kata malam ini kau nyanyikan sebuah lagu untuk kami semua.”

 

Permintaan Saddyana hanya membuatkan Stella terpinga-pinga seketika. Seorang rakan lelaki kelas 5 Sains menghulurkan Stella sebuah gitar.

 

“Awak pandai main gitar dan menyanyi ke Stella?”

 

Jullian bertanya apabila Stella kelihatan teragak-agak untuk menyambut gitar yang diberi. Dengan satu keluhan besar Stella mengambil juga gitar kayu berwarna coklat itu dan dia mengeluh panjang.

 

“Jadi penyanyi adalah cita-cita saya. Tapi… papa saya tak benarkan saya berkecimpung dalam bidang muzik.”

 

Jullian terkejut kecil mendengar bicara perlahan gadis itu.

 

 

‘There’s somethin’ ’bout the way

The street looks when it’s just rained

There’s a glow off the pavement

Walk me to the car

And you know I wanna ask you to dance right there

In the middle of the parking lot

 

Yeah

Oh yeah

 

We’re drivin’ down the road

I wonder if you know

I’m tryin’ so hard not to get caught up now

But you’re just so cool

Run your hands through your hair

Absent mindedly makin’ me want you

And I don’t know how it gets better than this

You take my hand and drag me head first

 

Fearless

And I don’t know why but with you I’d dance in a storm in my best dress

Fearless’

 

Semua pelajar bertepuk tangan apabila Stella tamat menyanyikan lagu Fearless nyanyian Taylor Swift dengan hanya menggunakan gitar. Jullian memuji kemerduan suara Stella dalam hati. Betul ke yang papa Stella menghalang minat gadis itu daripada menceburkan diri dalam bidang muzik??.

 

“Cantiknya bintang malam ni…”

 

Stella menggumam perlahan sambil memandang langit terbentang luas yang ditaburi dengan ribuan bintang juga bulan penuh mengambang. Para pelajar lain sibuk menyanyi di keliling unggun api dan Stella mengambil kesempatan itu untuk menenangkan diri berhampiran khemahnya.

 

“Awak suka tengok bintang?” Sapaan Jullian menyebabkan Stella terkejut kecil sebelum dia berpaling ke belakang. Jullian segera saja menanggalkan sweaternya dan menyangkutkan baju itu di bahu Stella yang memakai baju lengan pendek. Stella kelihatan tersenyum segaris dengan sikap gurunya yang agak caring itu.

 

“Terima kasih. Em.. saya memang sangat suka tengok bintang.”

 

“Kenapa?”

 

“Saya ibaratkan diri saya seperti bintang. Sangat bersinar tetapi tidak muncul setiap malam.”

 

Jullian berkerut dahi untuk memahami maksud kiasan Stella. Stella masih leka mendongakkan kepalanya memandang langit.

 

“Maksud awak?”

 

“Yalah.. bintang tu sangat cantik dan bersinar tapi bukan setiap malam pun bintang akan mucul. Seperti diri saya yang kadang kala bersinar dan kadang kala kelam saja.”

 

“Eh mana ada. Bagi saya awak sentiasa bersinar setiap hari tak pedulilah malam atau siang.”

 

Stella terbatuk kecil mendengar bicara selamba guru kelasnya itu. Adoi.. bergetar jiwa mendengarnya.

 

“Kalau saya takde disini lagi dan cikgu rindukan saya, cikgu tengoklah bintang. Kalau cikgu nampak bintang, cikgu pasti akan teringatkan saya.”

 

Stella berbicara perlahan namun jelas didengari Jullian.

 

“Awak nak pergi mana?. Kalau saya rindukan awak, buat apa saya nak tengok bintang?, Saya nak tengok awak, diri awak dengan mata saya sendiri. Barulah hilang rindu saya pada awak.”

 

Jullian memang berani berkata-kata. Mujurlah hanya mereka berdua saja yang berada disitu. Jika ada pelajar atau guru lain yang mendengar, mahu satu sekolah akan dilanda gossip.

 

“Er.. saya tak pergi mana-mana. Cuma cakap saja. Saya sangat berbesar hati kalau cikgu boleh rindukan saya. Ha ha ha. Saya nak tidur dululah.”

 

Stella yang rasa nafasnya semakin sesak untuk berhadapan lebih lama dengan guru muda itu segera saja masuk ke dalam khemahnya dan berpura-pura tidur. Jullian diluar hanya mampu menggeleng-geleng kepala dan tersenyum sendirian.

 

 


Bersambung……..


 

Oleh : anabella

Rokiah Mad Dom , Rabu, Mac 20, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog