Khamis : 24 April 2025   
@ 26 Syawal 1446H / 2:16 AM

21Khamis,Mac

Bank Negara: Inflasi dijangka naik tapi kekal sederhana

KUALA LUMPUR, 20 MaR 2013 - Inflasi dijangka meningkat tetapi kekal sederhana pada sekitar 2.0 dan 3.0 peratus tahun ini, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

 

Katanya unjuran yang lebih tinggi itu mengambil kira jangkaan kenaikan harga global bagi komoditi makanan terpilih dan pelarasan terhadap harga ditadbir dalam negeri.

 

"Julat ramalan inflasi yang lebih luas mencerminkan bertambahnya ketidaktentuan dalam persekitaran luar dan dalam negeri," kata BNM dalam Laporan Tahunan 2012.

Katanya faktor utama yang mendorong inflasi ialah harga komoditi makanan terpilih dan perlaksanaan sistem subsidi yang lebih khusus pada tahun ini, yang akan membawa kepada beberapa pelarasan terhadap harga barangan ditadbir.

 

Harga makanan dan tenaga global mungkin meningkat dengan ketara jika berlaku gangguan bekalan komoditi global kerana musim kemarau di negara pengeluar makanan utama, katanya.

 

Menurutnya, pelarasan terhadap harga ditadbir yang lebih besar daripada jangkaan, terutamanya jika harga minyak mentah global meningkat dengan ketara akan mendorong inflasi.

 

Sementara itu, dasar monetari akan tertumpu pada usaha menangani kemungkinan risiko kepada inflasi dan pertumbuhan, kata BNM.

 

Katanya pemulihan ekonomi dunia yang tidak seimbang, turun naik yang berterusan dalam pasaran kewangan dan komoditi, aliran modal dalam jumlah yang besar serta perkembangan ekonomi dalam negeri, akan mempengaruhi persekitaran.

 

Berdasarkan Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada bulan ini, kata BNM kadar semasa Kadar Dasar Semalaman adalah wajar untuk prospek inflasi dan pertumbuhan.

 

BNM berkata MPC akan terus menilai perkembangan ekonomi dan kewangan global dengan teliti serta implikasinya terhadap prospek keseluruhan untuk inflasi dan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

 

Dalam perkembangan lain, BNM berkata dasar fiskal akan terus tertumpu pada usaha mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi, memudahkan transformasi ekonomi jangka panjang dan memastikan kemampanan kewangan awam.

 

Sektor awam terus mengutamakan usaha menyokong permintaan dalam negeri, dengan memberikan lebih penekanan pada usaha meningkatkan kapasiti produktif negara.

 

"Reformasi fiskal juga sedang dilaksanakan untuk meningkatkan fleksibiliti dasar dan memastikan kemampanan fiskal," kata BNM.

 

Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan dijangka terus kukuh kepada 4.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini berbanding dengan 4.5 peratus daripada KDNK pada 2012.

 

Pungutan hasil dijangka kekal kukuh berikutan perolehan korporat yang stabil dan langkah penambahbaikan cukai yang sedang dilaksanakan. - Bernama

Unknown , Khamis, Mac 21, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog