Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 8:26 AM

25Isnin,Mac

80 peratus belia Indonesia berisiko sakit kelamin

Sebahagian disebabkan kurang kesedaran mengenai jangkitan HIV/Aids

 

JAKARTA : Hampir 80 peratus warga Indonesia berusia antara 15 hingga 24 tahun berdepan risiko dijangkiti penyakit jangkitan sesksual termasuk HIV/Aids kerana kurang pengetahuan.

 

Mengikut kajian berterusan yang dilakukan pada 2011, hanya 20.6 peratus belia berusia antara 15 hingga 24 tahun mempunyai pengetahuan mengenai penyakit kelamin,” kata Menteri Kesihatan, Nafsiah Mboi pada sidang akhbar menjelang Minggu Kondom Kebangsaan.

 

Matlamat kerajaan yang menyasarkan kesedaran dan pengetahuan ke atas 85 peratus golongan belia mengenai penyakit jangkitan sosial masih jauh daripada jangkauan. Pada 2014 kementerian berhasrat meningkatkan kesedaran hingga 95 peratus.

 

Nafsiah bagaimanapun berkata kementeriannya tidak akan berputus asa dan enggan mengurangkan matlamat golongan sasaran kepada angka lebih realistik.

 

Beliau berkata kajian yang dijalankan mendapati 42.3 peratus rakyat negara itu yang menghidap HIV/Aids berusia antara 20 dan 29 tahun manakala 33.1 peratus lagi berusia antara 30 hingga 39 tahun.

 

Kumpulan ini dijangkiti penyakit itu bertahun-tahun yang lalu, bermakna ketika mereka masih remaja dan ini adalah antara sebab kita menyasarkan golongan remaja,” katanya.

 

Nafsiah berkata jika kesedaran yang rendah terhadap HIV/Aids berterusan, aktiviti seksual berisiko tinggi akan terus meningkat.

 

Ramai belia Indonesia terbabit dengan aktiviti seks berisiko tinggi. Kadar pengguguran janin dikalangan mereka juga semakin meningkat,” katanya.

 

Suruhanjaya Aids Kebangsaan menganggarkan kira-kira 1.8 juta penduduk Indonesia akan dijangkiti HIV/Aids, tetapi menambah, jika program pencegahan dilaksanakan, jumlahnya dapat dikurangkan kepada 1.1 juta orang.

 

Data yang dikumpulan dari Januari hingga September lalu oleh Agensi Kesihatan Jawa Barat menunjukkan 7,308 kes baru HIV dan 319 kes Aids didaftarkan di wilayah itu saja. - Agensi

 

Seorang model menunjukkan pelbagai jenis kondom ketika Minggu Kondom Kebangsaan di Salemba Jakarta pada 2009.

 

Adam Merah , Isnin, Mac 25, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog