Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 8:48 PM

19Selasa,Februari

Wanita perlu periksa payu dara, kesan tanda awal kanser

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2013 - Golongan wanita perlu memeriksa dan 'mengenali' payu dara mereka termasuk dari segi perubahan bentuk dan saiz bagi membolehkan mereka mengesan tanda awal kanser payu dara.

Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) Profesor Madya Dr Zaharah Aiyub berkata wanita juga perlu mengikis perasaan malu untuk menjalani pemeriksaan sama ada di hospital atau di pusat saringan yang dilakukan secara percuma oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan.

"Ada wanita yang malu bila payu dara mereka diusik oleh orang lain untuk diperiksa, pemikiran ini harus dibuang demi kesihatan kita," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Dr Zaharah yang juga bekas pesakit kanser payu dara berkata memandangkan penyakit itu bukan sesuatu yang menyakitkan, maka wanita perlu melakukan pemeriksaan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kerana rawatan perubatan lebih berkesan apabila dilakukan pada peringkat awal.

"Kadang kala ada wanita bila dengar cerita kononnya buat mamogram sakitlah, lamalah dia terus tak nak buat dan ini tak betul... biar sakit sekejap daripada sakit lama dan menderita," katanya.

Dr Zaharah berkata keluarga khususnya suami juga perlu memainkan peranan termasuk menasihati anak perempuan atau isteri masing-masing supaya melakukan pemeriksaan selain memberi sokongan jika mereka disahkan menghidap kanser payu darah.

Selain itu Dr Zaharah berkata Unit Bergerak Membawa Maklumat ke Seluruh Negara (Murni) yang diperkenalkan BCWA pada 2011 bagi membantu masyarakat luar bandar menjalani pemeriksaan dan pengesanan awal kanser payu dara mendapat sambutan memberangsangkan.

Beliau berkata seramai 372 orang wanita menggunakan perkhidmatan Murni pada 2011 dan jumlah itu melonjak kepada 1,974 orang pada tahun lepas.

Menjelas lanjut Dr Zaharah berkata BCWA juga mempunyai koleksi rambut palsu yang dipinjamkan kepada pesakit barah payu dara yang mengalami masalah botak atau rambut gugur kesan daripada rawatan kimoterapi.

"Kita bagi pinjam secara percuma bagi kurangkan beban pesakit dan ia juga untuk tambah keyakinan diri mereka yang selama ini malu untuk berdepan orang ramai kerana masalah rambut," katanya. - Bernama

 

Unknown , Selasa, Februari 19, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog