Pasukan perisik tentera Rusia mendakwa tikus lebih baik berbanding anjing dalam mengesan bahan letupan.
MOSCOW, 20 Feb. 2013 - Pasukan perisik tentera Rusia sedang menjalankan uji kaji terhadap tikus untuk dijadikan ejen pengintipan sama seperti manusia.
Menurut pakar, fizikal tikus yang kecil dan pantas membolehkan haiwan tersebut menyelinap masuk ke beberapa tempat yang sukar, selain tidak mudah dikesan oleh pihak musuh.
Tikus juga dilihat berupaya mengesan bahan letupan, peluru dan kedudukan tebusan, sama seperti anjing yang mempunyai deria bau yang tajam.
Beberapa sumber di sini menyatakan bahawa tikus sudah digunakan oleh pasukan tentera Israel ketika berdepan dengan situasi pengganas.
Akhbar Izvestia melaporkan, sekiranya tikus-tikus berkenaan melepasi semua ujian yang dijalankan, haiwan terbabit bukan sahaja bakal ditempatkan di dalam pasukan perisik negara, malah Rusia akan dikenali sebagai negara 'perangkap tikus'.
Seorang daripada pakar perisikan, Anton Venediktov berkata, tikus boleh diajar untuk mengenal bau beberapa bahan yang sering digunakan untuk tujuan jahat seperti bom, dadah dan mayat manusia.
"Selain bau, haiwan kecil itu juga diajar untuk mengenal tanda isyarat," katanya.
Tikus juga terkenal dengan sikap yang tenang ekoran sistem saraf yang lebih mudah berbanding haiwan lain, sekali gus menjadi pilihan ideal sebagai ejen perisik haiwan.
Haiwan kecil itu dijangka mampu melakukan 150 tugasan dalam tempoh sebulan, selain bekerja mengikut aturan dalam masa enam hingga lapan jam. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "