2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 10:08 PM

18Isnin,Februari

Slim Rice beras kurang kalori

LONDON, 16 Feb. 2013 - Bagi sesiapa yang berdiet, karbohidrat merupakan musuh utama, tetapi kini mereka boleh menarik nafas lega kerana terdapatnya beras yang hampir-hampir tidak mempunyai kalori.

Slim Rice, satu produk baru Britain, dapat membantu seseorang yang gemar memakan nasi berasa kenyang tanpa memakannya dengan jumlah yang banyak.

Beras itu hanya mempunyai 7.7 kalori untuk satu sajian seberat 100 gram berbanding 350 kalori untuk berat yang sama pada beras basmati putih.

Nasi biasa mengandungi 64 peratus air, tetapi Slim Rice yang telah dimasak mengandungi 97 peratus air dan akar konjac.

Beberapa pakar pemakanan mendakwa sayuran ekstrak konjac atau lebih dikenali sebagai Moyu, boleh menstabilkan tahap gula di dalam darah dan menghalang seseorang itu daripada kelaparan atau memakan terlalu banyak.

Produk biasa mempunyai bau kanji yang kuat dan perlu dibilas sekurang-kurangnya dua kali dengan air suam untuk menghilangkan baunya.

Menurut penggemar produk ini, Slim Rice lebih mudah dikunyah berbanding nasi biasa serta dapat memperdaya otak untuk berfikir bahawa seseorang itu telah memakan nasi dengan banyak.

Satu hidangan dapat mewujudkan rasa kenyang sehingga empat jam.

Rangkaian produk Slim lain termasuklah Slim Pasta dan Slim Noodles yang tidak berperisa dan boleh ditambahkan dengan pilihan sos masing-masing.

Slim Rice dibuat oleh syarikat Eat Water dan boleh diperoleh di Holland & Barrett serta kedai makanan bebas pada harga 2.55 pound (RM12.40) untuk satu peket.

Namun, Tam Fry daripada Forum Obesiti Kebangsaan berkata, produk konjac memberi kesan sampingan kerana ia hanya akan menyebabkan seseorang itu kenyang, tetapi tidak membawa khasiat. - Agensi

 

Unknown , Isnin, Februari 18, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog