Jumaat : 18 April 2025   
@ 20 Syawal 1446H / 11:31 PM

7Khamis,Februari

Satelit Mikro Kedua Negara Razaksat-2 Dijadual Dilancar 2015

KUALA LUMPUR, 7 Feb. 2013 - Malaysia bakal mempunyai sebuah lagi satelit penderiaan jauh bagi memantau permukaan bumi iaitu RazakSAT-2 yang dijadual dilancar pada 2015.

Ketua pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Mustafa Din Subari berkata program pembangunan RazakSAT-2 dimulakan awal tahun ini dan dijangka mengambil masa selama kira-kira dua tahun lebih untuk disiapkan.

"RazakSAT-2 akan siap sama ada pada penghujung 2014 atau awal 2015 dan merupakan satelit 'remote sensing' yang boleh memberikan imej beresolusi tinggi kepada pengguna imej satelit di dalam negara dan di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau yang ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-19 Planetarium Negara di sini, Khamis berkata RazakSAT-2 dibangunkan oleh Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) yang merupakan syarikat perintis dalam pembangunan satelit di Malaysia.

ATSB juga adalah syarikat yang membangunkan program satelit mikro pertama negara, RazakSAT yang telah dilancarkan empat tahun lepas.

Ditanya di mana satelit itu akan dilancar, Mustafa berkata lokasi pelancaran belum ditetapkan dan hanya akan diputus selepas RazakSAT-2 siap.

Pada 9 Sept 2011, media melaporkan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus mengumumkan kelulusan peruntukan siling RM200 juta khusus bagi meningkatkan program pembangunan satelit negara, dengan menggerakkan program lima tahun RazakSAT-2.

Beliau berkata RazakSAT-2 adalah kesinambungan Program Satelit RazakSAT yang dilancar pada 14 Julai 2009 dan skop teknologi pembangunan RazakSAt-2 adalah untuk menaik taraf keupayaan sistem terutama dari segi perisian dan peralatan satelit.

Satelit penderiaan jauh pertama negara, RazakSAT dilancar di Kwajalein Atoll, Republik Marshall Islands menerusi kenderaan pelancar, Falcon 1 yang dikendalikan Space Explortion Technologies Amerika (SpaceX).

RazakSAT yang dinamakan sempena nama Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein adalah seberat 180 kilogram dan merupakan satelit penderiaan jauh pertama yang mengorbit Khatulistiwa.

RazakSAT membawa kamera resolusi tinggi yang merakam imej dari angkasa untuk pelbagai aplikasi seperti pertanian tepat, memeta lanskap, pencegahan bencana, rancangan rangkaian jalan dan bandar, yang memberi manfaat kepada Malaysia dan negara lain di sekitar garisan Khatulistiwa. - Bernama

Unknown , Khamis, Februari 07, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog