2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 1:28 AM

19Selasa,Februari

Saintis rancang pasang tangan bionik

Saintis Itali merancang memasang tangan bionik yang mampu merasa sentuhan kepada seorang pesakit di Rom tidak lama lagi.

LONDON, 18 Feb. 2013 - Sepasukan saintis dari Itali merancang untuk memasang tangan bionik pertama yang memiliki deria sentuh kepada seorang pesakit bagi membolehkan penerimanya merasa sentuhan.

Sebelum ini, saintis berjaya memasang tangan palsu yang hanya mampu menerima arahan daripada otak untuk melakukan pergerakan, namun ia tidak memberi rasa sentuhan.

Pasukan yang diketuai Dr. Silvestro Micera dari Ecole Polytechnique Federale de Lausanne berkata, tangan baru itu akan dipasang terus kepada sistem saraf melalui elektrod yang dikepit pada dua saraf utama lengan bagi mengembalikan deria sentuhan di kawasan yang telah dipotong.

Jelasnya, pemasangan terus pada sistem saraf utama membolehkan ia dikawal terus oleh penerima lengan tersebut.

"Elektrod akan membenarkan penerima mengawal tangan menggunakan apa yang difikirkan mereka dan juga menghantar arahan kepada otak," katanya.

Kumpulan itu berharap rekaan baru itu membuka jalan bagi penghasilan anggota tangan atau kaki yang menyamai bahagian tubuh bagi memberi rasa sentuhan dan meningkatkan ketangkasan anggota palsu itu.

Kajian sebelum ini menunjukkan separuh daripada individu yang menjalani pembedahan membuang tangan atau kaki tidak menggunakan anggota gantian palsu kerana merasa tidak selesa.

"Tangan baru ini menjadi harapan buat mereka yang menjalani pembedahan membuang anggota tangan atau kaki. Ia jelas menunjukkan melalui rasa sentuhan, penerima akan merasa lebih selesa untuk menerima anggota palsu ini," katanya.

Pada 2009, satu model tangan dengan deria rasa pernah dipasang buat sementara kepada seorang pesakit melalui elektrod pada sistem saraf.

Pesakit itu dikatakan mampu menggerakkan jari, menggenggam dan memegang objek dan berkata dia boleh merasa apabila jarum disuntik ke lengan itu.

Model baru ini akan memberi rasa sentuhan bagi kesemua bahagian jari termasuk ibu jari, tapak tangan dan pergelangan tangan. - Agensi

 

Unknown , Selasa, Februari 19, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog