W |
ALAUPUN tahu tentang bahaya penyakit jantung, hanya 20 peratus penduduk Singapura melihatnya sebagai masalah kesihatan yang paling mereka utamakan.
Selebihnya - lebih separuh - meletakkan hal-hal lain seperti wang dan kerjaya sebagai keutamaan mereka.
Dapatan ini hasil tinjauan melibatkan 214 orang yang dijalankan oleh syarikat penjagaan kesihatan, Pfizer, sempena Hari Jantung Sedunia 2012.
Tinjauan itu menunjukkan hanya seperlima responden itu atau 20.1 peratus meletakkan penyakit jantung sebagai masalah kesihatan yang mendapat keprihatinan mereka yang utama.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit jantung merupakan punca kematian utama di seluruh dunia.
Di Singapura, ia punca kematian utama di kalangan wanita, tetapi ramai menyangka punca utama kematian wanita di sini ialah barah buah dada atau barah rahim.
Beberapa lagi dapatan hasil tinjauan itu ialah:
1. Hanya separuh responden yang menghidap tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi menyatakan kesihatan dan kesejahteraan mereka adalah keutamaan mereka dalam hidup.
2. Hampir separuh tidak begitu tahu mengenai tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi.
3. Lebih seorang daripada tiga orang memberi paras optimum yang salah bagi tekanan darah dan kolesterol dan mereka tidak tahu apa itu HDL (high-density lipoprotein) dan LDL (low-density lipoprotein).
4. Seramai 40.2 peratus tidak dapat berikan contoh makanan yang tinggi kandungan HDL seperti kekacang, ikan dan aneka biji-bijian.
HDL atau 'kolesterol baik' adalah partikel-partikel yang boleh membuang kolesterol daripada sel-sel dan dinding pembuluh darah.
LDL atau 'kolesterol jahat' pula dikaitkan dengan pembentukan kolesterol di dinding pembuluh darah. Maka itu ia kolesterol yang tidak baik.
Jumlah kandungan HDL yang rendah dan kandungan LDL yang tinggi boleh membawa kepada penyakit jantung.
1) Hanya 59.7 peratus responden yang menghidap tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi tahu paras optimum bagi tekanan darah tinggi iaitu Systolic 120 mmHg dan Diastolic 80mmHg.
2) Hanya 52.8 peratus yang menghidap tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi tahu bahawa paras optimum bagi LDL Cholesterol ialah < 100mg/dL (lebih tinggi daripada ini tidak baik) dan bagi HDL Cholesterol ialah > 40mg/dL (lebih rendah daripada ini tidak baik).
3) Seramai 33.6 peratus tidak mengambil sebarang langkah mengurangkan risiko penyakit jantung seperti kerap bersenam, mengamalkan pemakanan sihat dan kurang merokok.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "