Pen bantu tulisan bahasa Inggeris
Pen keluaran syarikat Lernstift akan bergetar setiap kali ia mengesan kesalahan pada ejaan dan tatabahasa dalam bahasa Inggeris.
LONDON, 5 Feb. - Sebuah syarikat Jerman menghasilkan sebatang pen yang dapat membantu penulisan bahasa Inggeris untuk semua peringkat umur, khususnya kanak-kanak, apabila ia bergetar setiap kali ia mengesan kesalahan pada ejaan dan tatabahasa.
Pen keluaran syarikat Lernstift itu kini dalam peringkat prototaip, sekali gus mampu menggantikan pergantungan kepada komputer bagi tujuan yang sama dan mengurangkan kebimbangan bagi mereka yang cenderung menulis bahasa itu dengan tangan.
Pengguna boleh memilih antara dua fungsi yang terdapat pada pen itu, iaitu Mod Kaligrafi yang menunjukkan kelemahan ayat dan kemampuan untuk dibaca serta Mod Ortografi yang dapat mengesan kesalahan ejaan dan tatabahasa.
Sensor pada pen itu akan mengesan kepelbagaian dalam penulisan dan akan berdengung sekiranya berlaku kesilapan.
Menurut laman web Lernstift, pencipta pen itu, Falk dan Mandy Wolsky mendapat ilham menghasilkan alat tersebut setelah melihat usaha anak lelaki mereka menulis pada peringkat awal.
"Galakan yang cepat dapat membantu kanak-kanak menulis dengan lebih tepat dan pantas," katanya.
Menurut laman web itu, pelabur akan melancarkan satu projek kerjasama yang akan dibiayai hasil sumbangan orang ramai yang menyokong konsep pengeluaran pen itu, pada bulan ini bagi membangun dan memasarkan idea berkenaan.
Antara cadangan penambahbaikan bagi pen itu ialah sensor tekanan, sambungan kepada komputer dan platform terbuka bagi membolehkan orang lain membangunkan aplikasi dan mengembangkan fungsi pen tersebut. - Agensi
Pen mampu kesan kesalahan ejaan
London : Menggunakan pen dan kertas boleh menjadi pengalaman menakutkan kepada ramai orang hari ini.
Tanpa kelengkapan pemeriksaan ejaan seperti di komputer, sesetengah kesalahan ejaan yang memalukan sukar untuk dielakkan.
Tetapi kini anda tidak perlu bimbang kerana ada bantuan yang dapat menyelesaikan masalah itu. Kesalahan ejaan dapat diatasi dengan pengeluaran pen berteknologi tinggi yang akan bergetar setiap kali kesalahan dikesan. Pen dicipta syarikat Jerman Lernstift itu bertujuan membantu kanak-kanak sekolah belajar menulis, tetapi ia sesuai digunakan untuk semua peringkat usia.
Pen yang masih dalam tahap percubaan itu mampu mengesan kesalahan ejaan atau pembentukan huruf dengan amaran getaran ketika digunakan penggunanya. Pengguna boleh memilih antara dua fungsi: Mod kaligrafi - menunjukkan kecacatan bentuk dan kemudahan membaca atau mod Ortografi - mengesan kesalahan ortografik dan tatabahasa.
Pengesan yang dibina dalam pen itu dapat mengesan pelbagai pembentukan huruf dan segera bergetar jika kesalahan dikesan. Menurut laman web Lernstift, pereka Falk dan Mandy Wolsky mendapat ilham untuk menghasilkan pen itu ekoran percubaan anak lelaki mereka ketika mula-mula menulis.
Mereka menjelaskan dalam laman web syarikat terbabit: “Daripada perkataan pertama terdapat kesalahan.” Diharapkan pen itu dapat mendorong kanak-kanak menulis dengan lebih tepat dan cepat.
Pereka terbabit akan melancarkan projek dibiaya melalui sumbangan orang ramai yang menyokong konsep di sebalik ciptaan itu bagi mengutip wang untuk membangun dan memasarkan idea berkenaan. - Daily Mail

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "