Khamis : 24 April 2025   
@ 26 Syawal 1446H / 12:00 PM

27Rabu,Februari

Pelihara institusi keluarga daripada lemahkan masyarakat

INSTITUSI keluarga adalah asas pembangunan masyarakat.

 

M

enerusi institusi keluarga, lahir individu yang mendukung institusi yang lebih besar iaitu masyarakat Islam secara umumnya. Masyarakat berjaya kerana keluarga berjaya, dan sebaliknya masyarakat runtuh apabila institusi keluarga runtuh.

 

Justeru, Al-Quran memberikan perhatian istimewa kepada kepentingan keluarga dan pengukuhan ikatan kekeluargaan ini menerusi beberapa amalan seperti pernikahan, ihsan kepada kedua-dua orang tua, mendidik anak dengan sempurna dan berbuat baik kepada kaum keluarga dan saudara mara.

 

Namun, perkembangan pesat pada dunia hari ini menyebabkan timbul tanggapan berbeza terhadap konsep keluarga.

CABARAN DAN HURAIAN

 

Isu pasangan sejenis: Gejala ini berpunca daripada pelbagai aspek seperti isu psikologi dan identiti diri. Untuk membendungnya, kenalkan kepada mereka pendidikan seksual bagi setiap jantina. Ini sebaiknya diperkenalkan oleh ibu bapa mereka sendiri - mendidik tentang tubuh badan dan sistem reproduksi bagi lelaki dan perempuan. Anak-anak juga perlu diperkenalkan apakah perkara yang boleh dijangkakan apabila mereka mencapai usia baligh.

 

Tekankan juga kepentingan menjaga aurat dan pergaulan, walaupun di antara sesama ahli keluarga bermula usia kecil lagi.

 

Anak lelaki yang diajar menjaga aurat dan kehormatan kakak atau adik perempuannya akan menghormati maruah wanita lain. Anak perempuan yang diajar menjaga auratnya walau dengan sesama saudara sendiri akan lebih memahami pentingnya memelihara maruah dirinya.

 

Golongan yang tidak bernikah (anggap memadai tinggal serumah sahaja) : Pasangan sebegini tidak menghayati tujuan pernikahan di dalam Islam. Pernikahan bukan sahaja dapat menguatkan kerohanian seseorang, malah memantapkan hubungan emosi kita dengan pasangan.

 

Yang anggap ikatan keluarga tidak penting, malah menyulitkan : Mereka mungkin daripada anak-anak yang terdedah kepada pergaduhan di antara ibu bapa mereka, atau tidak menerima perhatian secukupnya daripada ahli keluarga, atau sering dimaki hamun dan diperkecilkan. Ini mungkin antara sebab mereka menganggap keluarga tidak ada nilai dan ertinya.

 

Anak-anak sangat mudah terkesan dengan lingkungan yang dihadapinya.

 

KESIMPULAN

 

·         Institusi keluarga merupakan batu asas kepada pembangunan masyarakat yang berjaya di dunia dan di akhirat.

 

·         Islam telah meletakkan tatacara dan panduan bagi membina sebuah keluarga yang harmoni dan sakinah.

 

·         Nilai-nilai yang dipupuk di dalam sesebuah keluarga membentuk keperibadian dan pemikiran anggota keluarga tersebut.

 

·         Marilah tanam azam untuk memelihara institusi keluarga daripada cabaran-cabaran yang boleh melemahkan masyarakat kita dan tingkatkan ilmu pengetahuan supaya kita boleh menjadi seorang bapa, anak, suami dan anggota keluarga yang lebih baik.

Rokiah Mad Dom , Rabu, Februari 27, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog