NEW YORK, 1 Februari 2013 - Satu suruhanjaya siasatan bebas oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menggesa Israel menghentikan semua aktiviti penempatan, dan bertanggungjawab terhadap semua pelanggaran hak asasi manusia rakyat Palestin hasil penempatan itu.
Gesaan itu terkandung dalam laporan yang dinamakan Misi Mencari Fakta mengenai Penempatan Israel di Wilayah Diduduki Palestin (OPT); laporan itu turut memaparkan beberapa pencabulan hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin dalam pelbagai bentuk yang mempunyai kaitan dengan kewujudan penempatan itu.
Laporan itu menggambarkan pencabulan itu sebagai saling berkait, membentuk sebahagian daripada corak keseluruhan pelanggaran dengan menafikan hak menentukan sendiri nasib dan diskriminasi secara sistematik terhadap rakyat Palestin yang berlaku setiap hari.
Majlis Hak Asasi Manusia PBB menubuhkan misi mencari fakta pada Mac 2012 dengan mandat khusus 'untuk menyiasat kesan penempatan Israel terhadap hak-hak awam, politik, ekonomi, sosial dan budaya rakyat Palestin di seluruh wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Timur Baitulmuqaddis'.
Menurut laporan itu, kerajaan Israel secara berterusan sejak 1967 telah secara terang-terangan mengetuai, mengambil bahagian secara langsung, dan mempunyai kawalan penuh terhadap perancangan pembinaan, pembangunan, penyatuan dan menggalakkan penempatan itu.
"Selaras dengan Perkara 49 Konvensyen Geneva Keempat, Israel mesti menghentikan semua penempatan tanpa prasyarat," kata Christine Chanet, pengerusi misi mencari fakta yang dianggotai tiga orang itu.
Israel mesti "segera memulakan proses mengeluarkan semua penduduk daripada OPT," kata laporan Misi itu, selain memastikan "pemulihan segera dan berkesan" terhadap semua mangsa rakyat Paletin atas kerosakan yang dialami akibat pencabulan hak asasi manusia hasil penempatan itu.
Laporan berkenaan menekankan hakikat bahawa penempatan itu diwujud dan dibangun untuk faedah eksklusif Yahudi Israel. Penempatan itu dijaga dan di perluas dengan pengasingan sepenuhnya penduduk di OPT itu.
Sistem pengasingan itu dijalankan dan dibantu dengan kawalan ketat tentera dan penguatkuasaan undang-undang, yang merupakan pencabulan dalam proses hak asasi penduduk Palestin, kata laporan itu.
"Kami hari ini meminta kerajaan Israel untuk memastikan akauntabiliti penuh terhadap semua keganasan, meletakkan satu pengakhiran kepada dasar sewenang-wenangnya dan memastikan keadilan untuk semua mangsa," kata Asma Jahangir, seorang lagi anggota misi itu.
Laporan itu menyebut bahawa Israel melakukan pelanggaran serius terhadap obligasinya di bawah hak untuk menentukan sendiri dan di bawah undang-undang kemanusiaan.
"Pelanggaran paling besar berkaitan dengan dasar-dasar pengusiran Israel, perobohan dan anjakan dari tanah menunjukkan sifat meluas pelanggaran hak asasi manusia. Motif di sebalik keganasan dan ugutan terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka ialah untuk mengusir penduduk tempatan daripada tanah mereka, membenarkan penempatan itu berkembang," kata Unity Dow, seorang lagi anggota misi.
Laporan itu juga mencadangkan entiti swasta turut memboleh, memudah dan mendapat keuntungan daripada pembinaan penempatan itu, secara langsung dan tidak langsung.
Laporan itu dijangka diserah secara rasmi kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 18 Mac.
Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon telah mengetahui mengenai kandungan laporan itu, kata jurucakap beliau yang dalam nota media mengulangi pandangan Ban terhadap penempatan Israel dan aktiviti penempatan di OPT, termasuk Timur Baitulmaqddis, sebagai "haram di bawah undang-undang antarabangsa". - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "