/

Malaysia dahului guna telefon untuk tugas

Kuala Lumpur, 23 Februari 2013 - Majoriti pekerja di Malaysia menggunakan telefon pintar peribadi untuk tugas pejabat.

 

Tujuh daripada 10 syarikat di Malaysia melaporkan majoriti pekerja menggunakan peranti komputer peribadi seperti telefon pintar dan tablet di tempat kerja, menurut kaji selidik Avanade, penyedia perkhidmatan dan penyelesaian teknologi perniagaan global.

 

Berbanding purata 54 peratus di seluruh dunia, 76 peratus syarikat Malaysia melaporkan majoriti pekerja menggunakan telefon pintar untuk melakukan kerja asas pejabat seperti memeriksa emel dan dokumen atas talian.

Penggunaan tablet di tempat kerja juga semakin meningkat di Malaysia di mana 60 peratus pekerja menggunakan peranti ini untuk pelbagai fungsi tugas asas, hampir dua kali ganda berbanding purata global sebanyak 33 peratus.

 

Dapatan kajian juga menunjukkan penggunaan teknologi yang meluas ini memberi pengaruh besar kepada cara perniagaan dijalankan dan hasil yang diperoleh.

 

Menurut Avanade, lebih 96 peratus syarikat di Malaysia mengubah proses perniagaan sekurang-kurangnya sekali berbanding 71 peratus purata global untuk mendapat manfaat teknologi mudah alih.

 

Antara perubahan yang dilakukan termasuk pengurusan teknologi maklumat, jualan dan pemasaran, sumber manusia dan perkhidmatan pelanggan.

Unknown , Isnin, Februari 25, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog