Isnin : 21 April 2025   
@ 23 Syawal 1446H / 6:08 PM

4Isnin,Februari

Lengkap kanak-kanak dengan teknik seni pertahan diri

KUALA LUMPUR, 3 Februari 2013 - Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menasihatkan ibu bapa supaya mempertimbang menghantar anak-anak mereka ke kelas seni mempertahankan diri bagi melindungi diri sendiri apabila berdepan situasi berbahaya.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata kanak-kanak mungkin berdepan risiko dicederakan atau dianiaya, jadi adalah satu keperluan bagi mereka untuk mempelajari teknik mempertahankan diri.

Beliau percaya dengan mengetahui seni mempertahankan diri ia menyediakan ketangkasan mental dan fizikal di kalangan kanak-kanak memandangkan mereka adalah lemah dari segi kekuatan fizikal berbanding orang dewasa.

"Dengan mempelajari teknik mempertahankan diri, kanak-kanak dapat menguruskan diri sendiri walaupun apabila ibu bapa mereka tidak ada berdekatan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, kanak-kanak akan mempunyai kepintaran yang diperlukan untuk terus hidup dalam persekitaran bandar jika mereka mengetahui untuk menjaga keselamatan diri daripada orang asing apabila mereka bersendirian sama ada semasa ke sekolah atau bersantai di taman permainan.

Bekas tenaga pengajar taekwondo, N. Gaury, 27, berkata seni mempertahankan diri perlu dipupuk di kalangan kanak-kanak pada usia lima tahun bagi membantu membangunkan keyakinan dan keperibadian mereka.

Beliau menjelaskan, semua kanak-kanak diajar mengikut kemampuan mereka dan tidak pernah didesak untuk melaksanakan sesuatu di luar kemampuan mereka.

Katanya, dengan mempelajari seni mempertahankan diri ia sudah pasti akan meningkatkan keyakinan dan harga diri di kalangan pelatih.

"Apabila mereka yakin mempertahankan diri sendiri, mereka akan berasa selamat apabila melakukan aktiviti harian," katanya.

Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia, Prof Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya berpendapat sesetengah ibu bapa kerap mengabaikan seni mempertahankan diri sambil berkata mempertahankan diri bukan hanya mempelajari cara berlawan.

Beliau menjelaskan sesetengah ibu bapa mungkin berpendapat mempertahankan diri menggalakkan keganasan tetapi ia sebenarnya membantu untuk mendidik kemahiran untuk bergaul dengan orang lain dan mendisiplinkan diri sendiri.

Malah beliau mengingatkan ibu bapa jika jurus seni mempertahankan diri yang sebenar dipelajari dalam kelas tidak boleh digunakan dalam senario kehidupan sebenar, kemahiran itu boleh memupuk keyakinan di kalangan kanak-kanak.

"Ibu bapa perlu tahu di mana anak mereka berada sepanjang masa dan perkara pertama mereka perlu lakukan adalah untuk mendidik anak-anak mereka untuk membezakan antara orang yang baik dan yang jahat bagi mengelakkan situasi yang tidak diingini," katanya. - Bernama

Rokiah Mad Dom , Isnin, Februari 04, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog