2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kingdom Tower tertinggi di dunia

London: Syarikat Britain yang membina bangunan The Shard memperoleh kontrak menguruskan pembinaan bangunan yang akan menjadi binaan paling tinggi di dunia.

 

Syarikat Mace yang berpangkalan di London memenangi kontrak bernilai 780 juta pound (RM2.4 bilion) membina Kingdom Tower di Jeddah, Arab Saudi yang akan mempunyai ketinggian melebihi 999.7 meter.

 

Buat masa ini, The Shard ialah bangunan tertinggi di Eropah Barat dan Mace turut memainkan peranan penting membina beberapa mercu tanda terkenal di London, termasuk London Eye. Mace akan bekerjasama dengan syarikat EC Harris dari Britain membina Kingdom Tower yang dijangka siap pada 2018.

 

Kingdom Tower berukuran 500,000 meter persegi bakal mempunyai ketinggian empat kali lebih tinggi berbanding The Shard.

 

Bangunan itu menghadap Laut Merah dan dijangka mengambil alih gelaran Burj Khalifa di Dubai sebagai bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. Projek diumumkan bilionair Saudi, Putera Al-Waleed bin Talal adalah sebahagian projek pembinaan semula utara Jeddah bernilai 13 bilion pound (RM40.3 bilion).

 

Ia akan mempunyai 59 lif dengan pergerakan terpantas pada kadar 10 meter sesaat dan hotel lima bintang Four Season. - Agensi

 

Harjan Milosevic , Sabtu, Februari 23, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Harjan Milosevic

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog