PUTRAJAYA, 20 Feb. 2013 - Air jampi tidak wajar dikomersilkan kerana boleh menimbulkan pelbagai tanggapan terhadap perubatan Islam itu sendiri, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha.
Menurutnya kecenderungan sesetengah pihak yang cuba mengaut keuntungan melalui cara itu dikhuatiri boleh menjejaskan akidah masyarakat apabila mereka percaya kesembuhan penyakit yang dihidapi datang daripada air berkenaan.
"Contohnya air ini boleh melariskan perniagaan, menyembuhkan penyakit, menjadikan bijak. Ruqyah (jampi) ini sepatutnya dibacakan oleh orang yang selayaknya dan mengikut kaifiat (kaedah) dan syarat tertentu.
"Apabila perkara ini dikomersilkan, kita khuatir ia tidak mematuhi syarat dan kaifiat itu," katanya dalam kenyataan Rabu.
Bagaimanapun Othman tidak menafikan terdapat kaedah menggunakan air dijampi sebagai penawar dan ubat dalam Islam.
"Tetapi kebiasaannya pihak yang ingin mendapat rawatan perlu bertemu terus dengan pengamal perubatan Islam yang dipercayai dan lebih baik dengan perawat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
"Orang yang membuat air jampi ini lazimnya seorang yang warak dan mustajab doanya di sisi Allah. Bagaimanapun, nasihat saya... usah dikomersilkan," katanya.
Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun tiada sekatan dikenakan terhadap penjualan air jampi di pasaran, garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan haruslah ditepati peniaga produk itu terutama dari segi pengiklanan.
Ismail Sabri berkata iklan yang dikeluarkan tidak boleh mengelirukan pengguna semata-mata untuk menarik pengguna membeli produk berkenaan dan kedegilan pengusaha produk untuk mematuhi peraturan itu boleh diambil tindakan. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "