KUALA LUMPUR, 22 Februari 2013 - Bilangan individu kaya di Malaysia akan meningkat lebih sekali ganda daripada 32,000 orang sekarang kepada 68,000 orang pada 2015, dengan nilai bersih masing-masing meningkat sebanyak AS$140 bilion hingga AS$330 bilion.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, bilangan yang mengagumkan ini memberikan keyakinan terhadap keteguhan dan kelestarian pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Beliau juga berkata, negara ini mestilah membangunkan industri pengurusan pelaburan domestiknya yang boleh mengurus bukan sahaja kekayaan domestik, malah juga kekayaan di peringkat rantau Asia Pasifik.
Ahmad Husni berkata, industri pengurusan kekayaan adalah sektor perkhidmatan kewangan paling pantas berkembang di Malaysia dan Asia Tenggara.
Dalam hubungan ini, penetapan 2013 sebagai tahun pengurusan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) adalah tepat pada masanya, kata beliau pada pelancaran Pengurusan Kekayaan Labuan IBFC 2013 hari ini.
Beliau berkata, inisiatif ini akan menyokong pertumbuhan industri pengurusan pelaburan domestik.
Mengenai satu perkara berkaitan, Ahmad Husni berkata, Malaysia akan dapat mengekalkan pertumbuhan tinggi tahun ini kerana ia menerima banyak pelaburan.
"Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar, pengguna domestik sebenarnya amat kukuh, sumber utama sebenarnya adalah daripada pelaburan orang ramai dan juga pelaburan kerajaan.
"Jadi, bagi masa depan, kita yakin kita boleh mengekalkan pertumbuhan tahun ini," kata beliau, sambil menambah bahawa kerajaan yakin dalam berhati-hati bahawa pertumbuhan ekonomi akan berlegar sekitar 4.5 peratus hingga lima peratus. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "