2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Epidemik senyap

D

ianggarkan 275 juta orang di seluruh dunia tidak dapat mendengar dengan jelas semua bunyi yang mereka suka. Mereka mengalami kehilangan pendengaran, di mana Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyenaraikannya sebagai kecacatan deria nombor satu di dunia.

 

Sesetengah orang tidak mempunyai deria pendengaran, kerana mereka telah dilahirkan pekak, tetapi majoritinya mengalami sesuatu kejadian yang berlaku sepanjang perjalanan hidup mereka dan ia menyebabkan mereka kehilangan pendengaran.

 

Penyakit berjangkit seperti meningitis, campak, beguk dan jangkitan kronik telinga, serta kecederaan kepala dan telinga, dan penuaan boleh menyumbang kepada kehilangan pendengaran.

 

Namun kemungkinannya punca paling biasa adalah daripada bunyi bising berlebihan, sama ada pendedahan sekali sahaja kepada bunyi sangat kuat, tembakan atau pendedahan secara berulangan kepada bunyi yang kuat dari semasa ke semasa, seperti bunyi jentera di tempat kerja, bunyi yang berpotensi menyebabkan kehilangan pendengaran.

PCD hearing loss mat beri pelindungan pendengaran lebih baik kepada pekerja binaan.

 

Kesan kehilangan pendengaran menjangkau keperluan untuk menguatkan bunyi televisyen. Ia mengganggu keupayaan seseorang untuk memahami perbualan, dan ini boleh menimbulkan masalah dan salah faham di tempat kerja dan di rumah. Kehilangan pendengaran juga membawa kepada pengasingan daripada keluarga, rakan-rakan dan persekitaran.

Langkah pencegahan

 

Bagaimanapun menurut Dr Laurie Wells, pakar audiologi dari perniagaan perlindungan pendengaran 3M, kehilangan pendengaran akibat daripada kebisingan boleh dicegah.

 

Orang ramai boleh menghindarkan daripada kehilangan pendengaran sekiranya mereka mengambil beberapa langkah yang mudah sahaja, iaitu:

 

a) Langkah 1: Memakai pelindung pendengaran

 

“Terdapat banyak pilihan yang baik untuk pelindung pendengaran, tetapi kadangkala memberi cabaran untuk tahu mana satu pelindung pendengaran perlu dipilih serta bagaimana dan bila memakainya dengan cara yang betul,” kata Wells.

 

Wells berkata, pelindung pendengaran di pasaran kini adalah selesa dipakai, muat dengan baik, dan mempunyai pilihan untuk meningkatkan komunikasi - seperti mikrofon dan rangkaian radio dua hala bagi orang yang memerlukannya.

 

Pendedahan kepada letupan bunga api juga membawa kemudaratan kesihatan pendengaran orang ramai. Pendedahan yang berpanjangan kepada bunyi bising berbahaya ini adalah salah satu punca kerosakan pendengaran yang tidak dapat dipulihkan.

 

Bunga api direkodkan melebihi 120 dB pada jarak sehingga 150m. Lebih membimbangkan adalah mercun yang diletupkan semasa musim perayaan, direkodkan pada tahap yang melebihi 170dB pada jarak ½ meter.

 

Mengambil kira risiko kesihatan, orang ramai masih boleh menikmati pertunjukan bunga api melainkan langkah berjaga-jaga diambil, misalnya menggunakan penyumbat telinga pakai buang. Untuk bunyi sehingga 100dB, pendedahan yang berpanjangan selama lebih daripada 15 minit sudah boleh menyebabkan kerosakan yang berkekalan. Kesan deringan atau sensasi sayu selepas bunga api atau mercun boleh diatasi dengan berehat dan mengelakkan bunyi kuat untuk sekurang-kurangnya 24 jam.

 

Walau bagaimanapun, sekiranya gejala berterusan, adalah disyorkan untuk menjalani pemeriksaan perubatan oleh pakar otolaringologi dan diikuti oleh penilaian pendengaran oleh ahli audiologi.

b) Langkah 2: Berhati-hati sepanjang masa

 

Bunyi yang lebih kuat daripada 85 desibel (dBA) adalah lebih lazim daripada orang mungkin fikirkan. Pendedahan yang berpanjangan kepada bunyi kuat ini boleh merosakkan pendengaran anda secara kekal, menyebabkan deringan dalam telinga, bersama dengan gejala-gejala lain. Kebanyakan orang tidak membawa meter desibel, jadi ia adalah baik untuk mereka mengetahui di mana tahap bunyi boleh berlaku. Beberapa contoh termasuk:

v  Menghadiri permainan bola sepak (100-120 dBA)

v  Menggunakan peniup daun atau gergaji rantai (95-120 dBA)

v  Menunggang motosikal (80-110 dBA)

v  Menggunakan pemotong rumput (82-103 dBA)

v  Menghadiri konsert rock (90-120 dBA)

v  Mendengar pemain muzik peribadi (75-114 dBA)

v  Menonton filem di pawagam (72-104 dBA)

Mendengar bunyi ini sekali-sekala dan untuk masa yang singkat tidak menjadi ancaman utama kepada pendengaran. Tetapi pendedahan berulang kepada bunyi yang kuat boleh menyebabkan kerosakan pendengaran sepanjang masa. Ramai orang seperti pekerja lombong, pegawai polis, pekerja pembinaan, petani dan lain-lain bekerja dalam kebisingan bunyi 85 dBA atau lebih tinggi setiap hari di tempat kerja. Jadi, kehilangan pendengaran akibat kebisingan adalah salah satu penyakit pekerjaan yang paling biasa dan penyakit pekerjaan kedua tinggi yang dilaporkan, menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan.

 

Menurut kajian Institut Kesihatan Negara Amerika Syarikat, sesi karaoke akan mempunyai kesan buruk kepada kesihatan pendengaran individu. Nyanyian keras dan kekuatan suara penyanyi itu terhadap muzik latar yang kuat akan membawa kepada kerosakan suara dan kehilangan pendengaran. Penyelidikan menunjukkan selepas 2 jam sesi karaoke pada paras bunyi melebihi 95dB, subjek ujian menunjukkan kehilangan pendengaran sehingga 8dB.

 

Salah satu cara untuk mengurangkan kesan sesi karaoke berlanjutan adalah dengan kerap berehat, meninggalkan bilik atau kawasan di mana sesi karaoke mengambil tempat dan pergi ke tempat yang aman dan tenang untuk beberapa minit.

c) Langkah 3: Mengurangkan volum atau menjauhkan jarak

 

Bunyi bising yang disebabkan oleh persekitaran pekerjaan mungkin tidak dapat dielakkan, tetapi, anda boleh mengawal bunyi di sekeliling anda. Jika boleh, pilih vakum yang lebih senyap, gergaji rantai, peralatan berkuasa, dan lain-lain. Sementara itu, berjaga-jaga dengan kawalan kelantangan bunyi pada peranti hiburan mudah alih yang boleh melebihi 110 dB - tahap yang berbahaya jika anda mendengar untuk berjam-jam sehari. Mengurangkan volum dan mengehadkan berapa lama anda mendengarnya. Jika tidak dapat mengurangkan bunyi kuat, jarakkan beberapa kaki dan ia boleh menurunkan tahap desibel dihadapi.

 

Sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman, ramai orang menggunakan iPod atau lain-lain pemain muzik mudah alih untuk memastikan diri mereka terhibur, kemungkinan akhirnya boleh menyebabkan tekanan yang boleh dielakkan pada telinga mereka. Walaupun kesan-kesan mungkin tidak akan menunjuk dengan segera, namun kesan jangka panjang pada pendengaran pendengar boleh membawa kepada masalah seperti membezakan konsonan dan memahami pertuturan.

Guna 3M corded earplug untuk elak daripada kebisingan harian.

 

d) Langkah 4: Ambil komitmen perlindungan pendengaran

 

Memberi komitmen untuk memakai pelindung pendengaran supaya anda boleh terus menikmati semua bunyi yang disukai, 3M melancarkan Hearing Pledge. Sila layari http://www.hearingpledge.com dan pakailah perlindungan pendengaran anda.

 

Pada tahun 2012, 3M meraikan 40 tahun kepimpinan keselamatan – pengiktirafan kepada penyelesaian masalah pernafasan dan perlindungan pendengaran yang diperkenalkan pada 1972.

Unknown , Selasa, Februari 26, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog