Komplikasi Jiwa Muslim :: Berbeza itu serasilah namanya
SOALAN:
Kenapakah hidup mesti begini? Mengapa saya diberikan isteri yang jauh berbeza dengan saya? Saya seorang yang rajin sedangkan dia pemalas. Kerjanya asyik tidur sedangkan rumah tangga bersepah.
Sepatutnya isterilah yang lebih rajin daripada suami dalam soal urusan rumah tangga tetapi ini tidak. Bagaimanakah saya dapat membina sifat motivasi yang baik dalam keadaan yang begini, Dr. Tuah?
JAWAPAN:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud katanya, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi ALLAH kekayaan melimpah-ruah dan dia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah ALLAH). Kedua, orang yang diberi ALLAH al-hikmah dan dia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.” - HR Bukhari
Hadis ini memberitahu kita setiap sesuatu itu adagandingannya seperti kekayaan yang melimpah-ruah dibelanjakan ke jalan yang benar. Manakala ilmu yang banyak pula untuk diajarkan kepada orang lain.
Demikianlah dalam hal-hal lainnya. Itu bermakna gandingan isteri adalah suami yang sesuai bergandingan dengannya dan begitulah sebaliknya. Jika saudara seorang yang pendiam, sila lihat isteri saudara. Adakah dia juga seorang yang pendiam? Tidak. Selalunya seorang lelaki pendiam akan mendapat jodoh wanita yang bising.
Jarang seorang wanita banyak mulut bertemu jodoh dengan lelaki yang banyak mulut juga. Selalunya sifat semula jadi pasangan adalah berlawanan atau bertentangan. Adakah itu dikira serasi?
Ya, itulah keserasian. Bayangkan saudara seorang yang kuat bising sedangkan isteri juga seorang yang kuat melalak, bagaimana keadaan rumah tangga saudara? Selalunya rumah tangga seorang pemarah akan distabilkan oleh pasangannya yang cukup penyabar.
Malah, jarang juga suami isteri merupakan pasangan penjenayah. Jika suami ‘syaitan’, isterinya ‘malaikat’. Suaminya sangat zalim, isterinya pula sangat berbudi dan baik hati. Seorang pelawak selalunya tidak berpasangan dengan pelawak juga.
Lihatlah para pelawak di negara kita, rata-rata pasangan mereka bukanlah pelawak. Mereka daripada orang biasa yang berkahwin dengan pelawak. Bukankah baik andainya pelawak berkahwin sesama pelawak supaya gegak-gempita rumah tangga dengan hilai ketawa.
Sekarang lihatlah pasangan saudara, bagaimanakah dia? Redhalah dengan isteri saudara kerana itu memang kebiasaan. Bahkan isteri Sayidina Umar juga seorang yang kuat mengomel.
Pada zaman Rasulullah SAW, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Tidak tahan dengan situasi itu, si suami pun pergi berjumpa Sayidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya itu. Sebaik sahaja sampai, dia terdengar isteri Sayidina Umar sedang membebel tidak berhenti-henti. Tidak terdengar pula suara Umar membalas.
Katanya dalam hati, jika isteri khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku. Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Sayidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”
Si suami tadi menjawab, “Aku datang hendak mengadu hal isteriku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”
Sayidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan ragamnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”
Sementara itu, satu kajian mendapati isteri tidak berasa bersalah berleter terhadap suami mereka manakala si suami secara rahsia merasakan bahawa mereka sentiasa betul.
Golongan isteri juga dianggarkan menghabiskan kira-kira 7920 minit setahun untuk berleter kepada suaminya mengenai rutin rumah tangga dan soal kesihatan mereka. Ia bersamaan dengan dua jam setengah setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau hampir enam hari setahun.
Satu kajian membabitkan lebih 3000 orang oleh kumpulan kempen kesihatan ‘Everyman’ merumuskan, perkara biasa yang dileteri wanita tentang pasangan mereka adalah tidak membantu mengemas rumah. Aduan lain termasuk tidak membantu membersihkan pinggan mangkuk, terlalu banyak minum dan tidak mendapatkan rawatan doktor.
Majoriti wanita tidak berasa malu berleter dengan 87% mengakui sukar untuk memastikan pasangan melakukan sesuatu. Manakala lelaki pula berkata, mereka tidak mengakui perkara itu dengan 83% berasakan mereka sentiasa betul. (Sumber: Agensi, 20 Jun 2010)
Begitulah hidup, ibarat tangan kanan dengan tangan kiri. Yang kanan biasanya lebih kuat daripada yang kiri. Tetapi andainya kedua-dua tangan boleh bekerjasama, banyak kerja dapat diselesaikan dengan sempurna.
*Oleh DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ, Sinar Harian, 6 Februari 2013
Komplikasi Jiwa Muslim oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "