2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 10:50 AM

26Selasa,Februari

Awas si obses cantik!

KOTA BHARU, 26 Februari 2013 - Awas kepada yang obses cantik! Khususnya kepada yang gemar mendapatkan suntikan vitamin C di klinik-klinik sekitar Kelantan.

 

Hal ini kerana Jabatan Kesihatan Kelantan mengesahkan belum ada satu pun produk suntikan vitamin C yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk yang digunakan di klinik-klinik sekitar negeri ini.

 

Perkara itu disahkan sendiri, Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Datuk Ahmad Mahir ketika sidang media di Ibu Pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi negeri di Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Razin menunjukkan cecair vitamin C yang dirampas dari seorang lelaki dari Pasir Mas, semalam.

 

Beliau berkata, sikap pengguna terutamanya golongan wanita yang terlalu taksub hendak cantik dengan memiliki kulit putih gebu, anjal, tegang dan sebagainya menyebabkan kelompok ini sanggup menggunakan perkhidmatan bersama ubat tidak berdaftar itu.

 

“Pun begitu, mereka tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana bagi kebanyakan pelanggan seperti kita akan menganggap perkhidmatan yang diberikan di klinik itu menggunakan produk yang selamat dan terjamin.

 

“Malangnya, setakat ini, tidak pernah ada satu pun produk suntikan vitamin C didaftarkan dengan KKM dan pengamal perubatan yang menawarkan perkhidmatan ini telah melanggar etika mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Menurutnya lagi, tindakan tegas boleh diambil pihaknya sekiranya ada klinik yang terbukti menjalankan perkhidmatan kepada pengguna seperti ini.

 

“Jika ada maklumat daripada orang awam, kami akan siasat dan akan hadapkan mereka ke muka pengadilan.

 

“Tindakan mereka bukan sahaja boleh menyebabkan penerima suntikan mengalami kegagalan fungsi hati, ginjal, katarak atau kekurangan darah malah turut boleh mengundang maut sekiranya cecair itu disuntik ke dalam tubuh secara berlebihan,” katanya.

 

Sementara itu, hasil intipan dan risikan anggota Cawangan Penguat kuasa Farmasi negeri, seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan di rumahnya di Taman Lati, Pasir Mas kerana memiliki 41 item pelbagai produk kecantikan tidak berdaftar termasuk vial vitamin C, glutathione dan ubat kurus.

 

“Kesemua ubatan yang mempunyai tulisan bahasa Cina, Inggeris dan Thailand dipercayai dipasarkan pelbagai cara dan paling laris jualannya dibuat lelaki ini melalui laman blog, akaun facebook dan twitter.

 

“Kami masih siasat dan menahan lelaki ini di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952. Sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahu atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Unknown , Selasa, Februari 26, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog