2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 8:15 PM

14Isnin,Januari

Waspada tahyul, triskaidekaphobia

P

AGI Khamis kembali ke tanah air tumpah darahku setelah hampir satu bulan bercuti di Paris dan London. Selepas 11 hari berada dalam tahun 2013, saya dapati, setakat ini, serupa sahaja dengan dua minggu pertama tahun 2010, 2011 dan 2012,  tiada apa-apa yang special.

Di London, saya mengenali satu perkataan baru, satu penghuraian baru. Mengejanya pun susah apa lagilah menyebutnya, amat payah: triskaidekapohbiacs – kepada mereka ini prospek dalam tahun 2013 menakutkan; mereka mengalami triskaidekaphobia, takut pada angka 13. Kerana itu banyak hotel tidak ada tingkat 13, di setengah hotel ditulis 12A atau terus dari lantai 12 ke lantai 14 dan seterusnya. Ramai orang tidak mahu membeli rumah beralamat nombor 13. Kalau ada pun mereka mahu diskaun yang amat besar. Ramai berkata ini sebenarnya kepercayaan tahayul.

Tahyul atau tidak orang Roman kuno takut pada angka 13 kerana ia berhantu! Juga kepercayaan Vikings dan orang Persia kuno.

Ada hos tidak menjemput tetamu seramai 13 orang, tidak keluar rumah atau belayar pada hari ke 13 apalagi kalau hari itu juga hari Jumaat. Percaya lantai dan kamar 13 di hotel berhantu tetapi mereka tidak sedar atau buat-buat tak tahu sebenarnya lantai 14 itu pada hakikatnya tingkat 13! Tetapi mereka tidak kisah kononnya tingkat itu 14 bukan 13!

Di Malaysia, orang Cina terutamanya, fobia pada 13 semenjak 13 Mei 1969. Perdana Menteri Najib boleh buat PRU-13 dalam bulan Mei tetapi sebelum atau selepas Mei 13. Melayu pun percaya pada tahyul tetapi tidak pada tahyul nombor. Dalam bahasa Arab tahyul, sepanjang saya tahu, bermakna cerita rekaan iaitu tidak benar; percaya pada sesuatu yang tidak ada. Tetapi amat sukar membebaskan bangsa Melayu dari alam ketahayulan walaupun pendidikan agama sudah meningkat dan menyeluruh semenjak empat dekad lepas.

Orang Mesir kuno percaya bahawa tangga nombor 13 adalah tangga terakhir sebelum roh memasuki ke alam barzakh atau eternity. Orang Yunani atau orang Greek kuno percaya angka 13 baik, pada orang Yahudi moden, pengikut amalan paksi kabbalah, popular dengan setengah superstar Hollywood, angka 13 dianggap sama dengan 13 kelopak bunga mawar atau ros yang disebut dalam kitab Zohar, kitab Sufi Yahudi. Kedua-dua kumpulan: yang takut pada angka 13 dengan yang minat dengannya sebenarnya tidak ada asas dalam kepercayaan masing-masing.

Pada kolumnis, kedua-dua belah harus waspada dalam 2013, terutama pada angka 13 setiap bulan. Tun Razak telah menasihati Tunku Abdul Rahman Putra hari mengundi PRU-3 diadakan pada 11 Mei 1969 sempena hari jadi Umno ke-20 tahun sebab kita percaya Perikatan Umno-MCA-MIC akan menang cemerlang dan keesokannya diadakan sambutan dan pesta besar. Umno-MCA-MIC menang tetapi parti DAP sangka ia menang di Selangor (tidak benar). Sungguhpun Umno-MCA-MIC kalah di Pulau Pinang, Dr Lim Chong Eu dan Dr David Tan Chee Koon, ketua pembangkang di Selangor, telah telefon Tun Razak pada petang 13 Mei memberitahu Tun Razak mereka tidak akan bekerjasama dengan DAP sebaliknya ingin membentuk kerajaan campuran dengan Perikatan di Selangor dan Pulau Pinang. Saya berada di sebelah Tun Razak waktu mereka bercakap. Malangnya, sebelum berita baik itu disebarkan rusuhan Cina-Melayu telah berlaku di beberapa tempat di pinggir Kuala Lumpur dan merebak ke Jalan Chow Kit.

2013 bukan tahun sial! Semua tahun elok, semua bulan, semua minggu, semua hari, semua jam dan saat baik. Tentu ada kala beberapa perkara berlaku,  baik dan buruk – di luar dugaan manusia. Hanya Tuhan jua yang mengetahuinya. Berlakunya semua itu sebagai ingatan daripadaNya bahawa ada kuasa yang lebih agung, gagah dari kuasa manusia. Keupayaan manusia terhad; maha berkuasa, amat besar kuasaNya adalah ALLAH SWT.

Apa yang sudah ditentukan olehNya akan berlaku ke atas siapa pun dan apa pun - pemimpin, parti dan negara. Jika untung baik, kalau nasib malang binasa. Umno sudah memerintah selama 57 tahun terus menerus termasuk dua tahun sebelum merdeka. Dijangka pemerintahan Umno-BN berlangsung tanpa berhenti, tanpa terganggu.

Setelah rehat, mahu pulang ke Kelantan berjumpa saudara-mara, waris, kenalan, lama dan baru dan makan nasi dagang, sup kepala ikan dan sup gear box.

 


*Oleh TAN SRI ABDULLAH AHMAD, Sinar Harian, 13 Januari 2013

Unknown , Isnin, Januari 14, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog