2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Walaupun hidup seribu tahun...

T

idak dinafikan lagi, impak pembangunan boleh dirasai di mana sahaja kita pergi sekarang, walaupun kubur.

Beberapa hari lalu, saya bersama rakan-rakan pergi ke tanah perkuburan Islam di Seksyen 21, Shah Alam, untuk pengebumian abang seorang YB yang meninggal pada usia 58 tahun. Moga Allahyarham dihimpunkan bersama orang yang diredai ALLAH.

Keadaan sekarang memang jauh berbeza daripada masa dahulu. Untuk korek liang, sudah tidak pakai cangkul lagi; guna jengkaut! Dalam masa tidak sampai 10 minit, semuanya beres.

Saya difahamkan, pada masa ini, jengkaut dan jentolak rupa-rupanya digunakan di banyak lagi tanah perkuburan di negara kita.

Kedudukan liang di kawasan Seksyen 21 itu juga luas, tersusun dihiasi pohon-pohon, sejuk mata memandang. Cuma yang agak menyedihkan, jalan tar di sekitar kawasan itu sudah rosak, berlubang-lubang. Entah siapa bertanggungjawab.

Biasalah kalau ke tanah perkuburan, apa lagi yang bermain dalam fikiran kalau bukan pasal mati. Tidak apa walaupun ada yang masih mampu bergurau sesama sendiri atau merokok sambil mencangkung di sebelah batu nisan.

Teringat kata-kata Dr Fuad, rakan karib saya yang akui kematian adalah topik kegemarannya.

“Kematian itu pasti datang, walau dengan apa cara sekalipun,” tegas Fuad dalam e-mel terbarunya kepada saya semalam.

Siapa mahu menafikannya. Setiap daripada kita mesti merasai mati. Itu firman ALLAH. Tiada yang mampu melarikan diri. Bersedia atau tidak, muda atau tua, miskin atau kaya; sampai detiknya, pergilah kita.

Ia mengingatkan saya cerita mengenai bagaimana seorang yang takut melihat seorang lelaki asyik terbeliak memandang wajahnya di suatu majlis pada zaman Nabi Sulaiman AS.

Untuk selamatkan dirinya, dia bertemu Nabi Sulaiman AS dan merayu supaya dipindahkan ke sebuah tempat yang jauh dari situ.

Sebaik sahaja tiba di tempat baru itu, lelaki tadi terus datang dan mencabut nyawanya.

Rupanya orang itu sebenarnya Izrail yang sudah pun diberi tugas mencabut nyawa si lelaki tadi; dan si lelaki tadi ditakdirkan wajib mati di tempat dia dihantar, bukan pada majlis sebelum itu.    

Masanya sudah tiba untuk dia kembali kepada ALLAH. Dia seperti orang yang sudah dijatuhkan hukuman mati, tiada sesaat ke depan, tiada sesaat ke belakang. Kematian sentiasa menggamit kita dan berlaku pada saat ditetapkan ALLAH. Cuma kita tidak diberitahu detik kita akan mati.

Bayangkan, mereka yang berada di death row.

"Jika sudah diberitahu detik akan mati, dan diberi juga peluang untuk keduniaan; apakah mereka berminat?"  tanya Fuad.

Jika diberi peluang pelaburan yang baik, adakah mereka akan teruja? Tentu tidak! Segala kemanisan dunia telah tawar bagi mereka akibat diselubungi bayangan tali gantung yang sentiasa bermain di hadapan mata dan dalam fikiran mereka.

Alangkah baiknya, katanya, kalau kita juga meletakkan diri kita pada kedudukan yang sama. Tentu hilang sifat tamak dan cintakan dunia; tentu tidak berani kita menganiayai orang lain dalam perebutan mengejar dunia yang fana ini.

Ramai manusia bergembira menyambut ulang tahun hari kelahiran. Sebenarnya kalau kita menyedari hakikatnya, tiada apa yang hendak digembirakan pada tarikh tersebut. Sebabnya pada tarikh tersebut, apa yang sah ialah ialah kita sudah hilang satu tahun lagi daripada kontrak kehidupan kita di dunia ini.

Bagi seorang pekerja asing yang datang ke Malaysia di bawah kontrak lima tahun umpamanya, setiap ulang tahun kedatangannya bermakna tempoh tinggalnya di negara ini sudah berkurangan setahun.

Begitu juga dengan kita, ALLAH meminjamkan kehidupan sementara ini kepada kita untuk diambil kembali apabila cukup tempohnya.

Ada yang diberi tempoh hingga 60 tahun, ada juga yang diberi bonus hingga 70 tahun atau lebih. Namun ada yang mahu atau tidak, dijemput menghadapNya pada waktu lebih muda; 40, 20, 10 atau baru dilahirkan.

ALLAH yang meminjamkan segala-galanya kepada makhlukNya; ALLAH juga berhak mengambilnya kembali, pada bila-bila masa sahaja yang dikehendakiNya. Siapa kita untuk menyekat kehendak ALLAH.

Di akhir e-melnya Fuad bertanya, adakah kita telah membuat persiapan yang rapi untuk pergi menyambut panggilan ALLAH Azza wa Jalla (ALLAH yang Maha Perkasa lagi Maha Agung)?

Agak-agaknya adakah kubur kita akan menjadi satu taman dari taman-taman syurga? Atau satu lubang dari lubang-lubang neraka? Tepuk dada tanyalah iman.

 

Sekali sekala bagus juga mendengar lagu Selimut Putih atau menyanyi lagu:

"Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya; walaupun hidup seribu tahun; kalau tak sembahyang apa gunanya!


 

*oleh FARUSH KHAN, Sinar harian, 16 Januari 2013

Cik NiNe Che Kadir , Rabu, Januari 16, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog