USIA semakin meningkat, waktu tidur semakin singkat. Kita biasa dengar, golongan warga emas biasanya tidur mereka hanya sekejap.
Teringat arwah ayah saya dahulu - al Fatihah untuknya - tatkala kita nyenyak mengerekot dalam gebar, dia sudah bangun untuk melakukan ibadat malam.
Dalam usia melepasi angka 40 ini, sedikit sebanyak tinggalan ayah itu saya warisi, tetapi bukanlah dalam soal ibadat.
Jika ayah berjaga malam untuk beribadat, saya pula berjaya untuk bersembang.
Mujur waktu pejabat saya bermula petang. Dapatlah saya ganti waktu tidur hingga menjelang tengah hari. Namun sejak sekolah dibuka semula minggu lepas, saya kembali kepada masalah lama - sering tidak cukup tidur.
Ini kerana apabila anak-anak bangun bersiap untuk ke sekolah, saya sendiri harus juga bangun atau tidak tidur semula selepas solat Subuh. Selalunya anak-anak akan dihantar oleh isteri kerana sekolah mereka di laluan yang sama untuk dia ke tempat kerja.
Namun ada ketika, saya sendiri yang menghantar mereka. Sama ada saya keluar atau pun tidak, biasanya cukup susah bagi saya untuk melelapkan mata semula.
Pergerakan yang aktif pada waktu pagi sering menyebabkan saya tidak dapat tidur untuk mengganti waktu tidur malam yang sudah saya tinggalkan.
Barang kali ini bukan masalah saya sahaja tetapi bagi kebanyakan lelaki 40 tahun ke atas. Ini kerana rakan-rakan sembang tengah malam saya juga rata-ratanya dalam usia lepas 40.
Masalah tidur sebenarnya bukan masalah ringan. Di Jerman, seorang lelaki pernah masuk penjara atas kesalahan membakar bangunan yang dilakukan kerana memberontak tidak dapat tidur malam.
Harapnya saya jangan sampai ke tahap itu!
Di negara kita, ramai yang tidak tahu akan adanya Pertubuhan Penyakit Tidur Malaysia (SDSM) yang dipengerusikan Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari.
Tidak. Jangan pula ada yang menyangka Dr Muhammad Muhsin kaki sembang tengah malam seperti saya atau orang yang susah tidur. Beliau adalah pakar psikiatri di Fakulti Perubatan Universiti Malaya, sekali gus mengesahkan kepada kita bahawa masalah susah tidur ini sebenarnya adalah termasuk kategori penyakit psikiatri.
Alamak!
Saya sendiri ada pengalaman yang berpunca daripada masalah ini. Orang yang tidak cukup tidur, pandangan matanya jadi silau yang menyebabkan dia tidak dapat melihat sesuatu secara jelas, walaupun asalnya dia bukan bermasalah rabun atau sebagainya.
Satu lagi gejala ialah, otaknya tidak akan dapat berfikir secara fokus atau stabil dan ini yang barang kali menghampiri penyakit psikiatri.
Di luar waktu kerja, walaupun ini tidaklah saya anggap sebagai perniagaan tetapi sebagai perkongsian manfaat dengan kawan-kawan, saya mengedar kapsul tenaga batin untuk lelaki.
Oleh kerana perkongsian ini saya buat sudah agak lama, maklumat mulut ke mulut menyebabkan saya dapat ramai kenalan baru yang berminat untuk berkongsi manfaat kapsul herba itu.
Suatu hari yang malamnya saya tidak dapat tidur nyenyak, saya terima SMS daripada seseorang yang mahu jumpa saya untuk beli kapsul itu. Saya pun keluar dan selepas bersembang sambil pekena kopi tongkat ali ‘mai secawan’, saya teruskan perjalanan ke pejabat.
Lebih 10 minit kemudian, kawan baru saya itu telefon bertanya: “Che Mat, saya tengok di botol ni tulis 30 biji, tapi apa pasal dalam botol yang Che Mat bagi ni, ada lapan biji saja?”
Alamak!
Saya tanya dia: “Tuan, botol tu ada sealed dengan plastik tak?”
Dia beritahu, tak ada.
Sah. Ini bermakna botol yang saya beri kepada dia tadi bukan botol yang masih dara tetapi adalah botol kapsul ubat kuat kegunaan peribadi saya sendiri, bukan untuk jualan. Inilah bahananya buat kerja dalam keadaan tidak cukup tidur!
Mahu tidak mahu, terpaksalah saya berpatah balik untuk tukar botol lapan biji itu dengan botol 30 biji.
Baru semalam pula, ketika dalam perjalanan balik dari masjid selepas Zohor, saya nampak anak sulung saya berjalan pulang dari sekolah. Saya berhenti di tepi jalan sebelah sini, melaung memanggilnya untuk ajak balik bersama. ‘Dia’ sebaliknya buat tak tahu saja!
Selepas beberapa kali, saya pun masuk semula ke dalam kereta. Saya pandu kereta ke bahu jalan di seberang sana.
Ketika hampir dengannya, saya buka pintu dan berkata: “Kakak, kenapa ayah panggil tadi kakak buat tak tahu saja?” Agak tinggi nada suara saya , maklumlah sedang marah kerana anak sendiri yang dipanggil buat tak endah.
Ketika itulah baru saya terperasan, rupanya yang dipanggil itu walaupun mirip, bukanlah anak saya.
Alahai, merah padam muka!
*oleh MUHAMAD MAT YAKIM, Sinar Harian, 11 Januari 2013

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "