2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Terapi melalui doa

Berdoa

D

oa merupakan terapi perubatan yang sangat mujarab dan berkesan. Doa adalah medium komunikasi kita dengan Allah.

Semasa berdoa, kita sebenarnya sedang bercakap dan mengadu kepada Allah. Siapa lebih layak untuk kita mengadu selain Allah? Hanya Allah sahajalah sebaik-baik pendengar.

Dengan berdoa, hati dan jiwa kita akan lebih tenang. Seperti mana yang kita sedia maklum, ketenangan amat penting dalam proses penyembuhan kanser.

Ingat, kita berdoa, Allah pasti makbulkan, dengan syarat kita berdoa dengan penuh pengharapan dan keyakinan dan bukan kerana arahan atau suruhan sesiapa.

Berdoa daripada hati dan jiwa yang ikhlas, pintalah, Allah Maha mendengar.

Sabda Nabi SAW ; "Hai manusia, tenangkanlah diri kamu, sesungguhnya kalian bukanlah berdoa kepada yang tuli dan tidak pula kepada yang ghaib, sesungguhnya kamu sedang berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat. Dia selalu bersama kamu.." (Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Musa r.a.)

Berdoalah kepada Allah. Tidak semestinya doa di dalam bahasa Arab. Berdoalah dalam apa jua bahasa. Berdoalah dari hati dan lisan, serta tangan yang menadah mengharapkan perkenan dari Allah. Dalam sebuah hadis sahih nabi SAW bersabda.

"Sesungguhnya tuhan kalian itu adalah Dzat Yang Maha Pemalu dan Maha Pemurah, Dia merasa malu terhadap hamba-Nya yang menadahkan tangannya kepada-Nya kemudian Dia mengembalikannya dengan hampa" (Hadis riwayat Ibnu Majjah)

Yakinlah kepada Allah, berdoalah kepada-Nya kerana kuasa mutlak penyembuh ada pada Allah.

Jika kita berusaha berubat ke seluruh dunia pun, tanpa doa daripada kita dan perkenan-Nya, maka penyakit tetap tidak akan sembuh.

Kerana itu, dalam rawatan kanser menggunakan ayat Al-Quran, doa adalah 'ubat' terpenting selepas bacaan rangkaian ayat syifa' kanser daripada Al-Quran.

Solat Tahajud

K

ajian menunjukkan, solat tahajud yang diamalkan secara konsisten, berupaya meningkatkan sistem pertahanan diri (imuniti) di mana kualiti oksigen yang sangat segar di waktu awal pagi yang dihirup khusus untuk hamba-Nya yang bangun untuk solat tahajud.

Amalan ini amat digalakkan untuk dilakukan oleh pesakit di samping mengamalkan ayat Quran yang telah diberikan.

Solat tahajud mampu membina sistem pertahanan tubuh daripada penyakit terus merebak dan pada masa sama, hati pesakit akan lebih tenang dan lebih positif terhadap ujian kanser tersebut.

Solat tahajud dilakukan waktu malam selepas pesakit tidur seketika. Aktiviti bangun malam dan membasahkan diri dengan wuduk, memberi kesan amat positif kepada kesihatan seseorang secara umum dan kepada pesakit itu sendiri secara khususnya.

Sememangnya, solat pada waktu malam dan awal pagi dalam waktu dan persekitaran tenang akan membawa jiwa hampir kepada Allah.

Bacaan pula akan lebih khusyuk dan hati kita hadir dengan setiap bacaan tersebut. Firman Allah ;

"Sesungguhnya bangun waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan waktu itu lebih berkesan.." (Al Muzammil, 6)

 

Solat Taubat

S

olat taubat dapat membersihkan jiwa dan rohani seseorang. Apabila kita bertaubat kepada Allah dan memohon kepada Allah dengan seikhlas hati dan penuh tawaduk dan rendah diri, insya-Allah taubat kita akan diterima.

Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Maka bertaubatlah kepadanya, agar diri dan jiwa kita dibersihkan, lalu penyakit kita disembuhkan dengan doa dan amalan yang berterusan.

Amat penting untuk kita solat taubat memohon ampun kepada Allah kerana, musibah yang menimpa kita adalah sebagai kafarah dosa kita terdahulu. Justeru, pintalah keampunan kepada Allah dan segeralah melakukannya. Firman Allah;

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.." (An Nasr, 3)

Maka, segeralah bertaubat, ingatlah, dosa-dosa kita ialah penghalang kepada doa-doa kita.

Dengan melakukan amalan ini, di samping mendapat keampunan Allah, dengan izin Allah doa kita akan dimakbulkan, serta Allah akan mendengar rintihan penyakit kita agar disembuhkan insya-Allah.

Amat penting untuk kita sedari bahawa penyakit datang daripada Allah dan penawar juga di sisi Allah, pintalah keampunani-Nya dan sujudlah!

Berdoa kepada Allah agar kanser kita disembuhkan dengan izin-Nya. Pesakit dinasihati agar melakukan solat taubat sebanyak termampu, lebih baik jika dapat diamalkan setiap malam.

Pada sujud yang terakhir, pesakit berdoalah kepada Allah di dalam hati, agar diampunkan segala dosa dan diangkat segala penyakit yang menimpa.

Percayalah, telah ramai pesakit yang melakukan amalan ini dan merasakan sendiri hasilnya.

 

Tidak perlu kita ragu kepada kuasa Allah kerana kuasa kesembuhan hak mutlak Allah, kita merancang dan berusaha, seterusnya kita pulangkan tawakal kepada-Nya. Insya-Allah pesakit akan merasai hasilnya.

"Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Adalah Rasulullah SAW membaca ketika sujud :

"Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, baik yang kecil maupun yang, besar yang mula-mula dan yang penghabisan, yang terang-terangan dan yang tersembunyi." (Hadis sahih riwayat Muslim)

 

Solat Hajat

S

olat ini dilakukan selepas solat taubat. Setelah menyesal dan mengakui segala dosa kita, maka selepas itulah kita pohon dan pinta kepada Allah agar disembuhkan sakit yang menimpa diri.

Sebaik-baik cara memohon, adalah bersolat hajat dan sebaik-baik masa memohon di dalam solat hajat adalah semasa sujud.

Pintalah kepada Allah dengan penuh keyakinan, Allah pasti akan kabulkan.

 

Zikir tahlil (La Ila ha Illa Allah)

K

alimah mulia ini bermaksud tiada tuhan yang disembah selain Allah. Tiap kali berzikir tahlil ini, hati kita mengingati Allah dan menafikan tuhan yang lain, selain daripada Allah.

Kadangkala, musibah yang menimpa kita adalah sebagai cemeti, untuk memukul kita supaya kembali pulang kepada Allah.

Kerana itulah saya menekankan amalan zikir ini agar pesakit kembali menghampirkan diri dengan Allah seterusnya memohon agar penyakit itu disembuhkan.

Pesakit digalakkan berzikir sepanjang masa. Sebaik-baik zikir adalah didalam hati. Kajian sains turut mendapati dengan berzikir tahlil ini, perjalanan darah akan lebih lancar di dalam tubuh.

Jadikanlah hati kita ini sentiasa berzikir mengingati tuhan. Amalan itu akan membuatkan jiwa kita menjadi tenang. Ketenangan merupakan nilai paling berharga untuk seseorang pesakit kanser.

Kanser mampu pasif di dalam tubuh andai pesakit itu tenang, sebaliknya, kanser yang telah pasif mampu kembali aktif seandainya pesakit stres dan berada dalam tekanan emosi dan fikiran.

Jadi, sebagai seorang Islam, terapi paling baik untuk menjadikan hati kita tenang adalah dengan berzikir mengingati Allah setiap masa.

"Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah (zikirullah). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.." (Ar Ra'ad, 28)

 

 

*Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121202/kn_04/Terapi-melalui-doa#ixzz2Dy3RhfvN

Cik NiNe Che Kadir , Rabu, Januari 09, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog