2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 12:40 AM

7Isnin,Januari

Samseng layar perak: Al Pacino

Al Pacino di dalam Scarface. Gambar kecil: Al Pacino kini.


 

A

LFREDO James Pacino, 73, atau lebih mesra dikenali sebagai Al Pacino, adalah seorang pengarah dan pelakon filem Hollywood paling disegani.

Beliau cukup terkenal sebagai samseng layar perak sejak dari awal pembabitannya dalam industri seni perfileman ini.

Masihkah anda ingat wataknya sebagai Michael Corleone dalam trilogi Godfather dan Tony Montana menerusi filem Scarface?

Aktor bermata tajam ini pernah merangkul anugerah sebagai pelakon lelaki terbaik di Anugerah Akademi 1992, menerusi watak Frank Slade dalam filem Scent of a Woman selepas dicalonkan sebanyak tujuh kali pada anugerah berprestij Oscar pada tahun sama.

Sepanjang hidupnya, Pacino sering kali menerima pelbagai anugerah termasuk lapan pencalonan Oscar (menang satu), 15 pencalonan Golden Globe (menang empat), lima pencalonan BAFTA (menang dua), dua anugerah Primetime Emmy Awards, dua anugerah Tonny Awards.

Pada 2007, Institut Filem Amerika yang mengiktiraf penglibatan beliau di dalam dunia seni lakonan dengan pencapaian seumur hidup.

Walaupun Pacino tidak pernah berkahwin dan berkeluarga, beliau dikurniakan tiga cahaya mata hasil perhubungannya dengan tiga aktres jelita.

 

Asal usul

P

acino dilahirkan di Timur Harlmen, New York oleh pasangan berdarah campuran Itali-Amerika, Salvatore Pacino dan Rose. Sewaktu berusia 2 tahun, Pacino berpindah ke Bronx bersama ibunya selepas keluarganya bercerai.

Pacino mendapat pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Fiorello H LaGuardia di New York.

Di usia remaja, Pacino pernah mendapat dua nama samaran oleh rakan-rakannya iaitu 'Sonny' dan 'The Actor'.

Bakal anak seni antarabangsa itu banyak kali gagal dalam peperiksaan kecuali mata pelajaran Bahasa Inggeris. Beliau kemudian mengambil keputusan berhenti sekolah pada usia 17 tahun. Keputusan drastik itu bagaimanapun ditentang ibunya sehingga mencetuskan sedikit pertengkaran sekali gus punca Pacino lari dari rumah.

Beliau kemudian, bekerja sebagai budak suruhan, pembantu pramusaji, penjaga bangunan dan kerani pos bagi menyara perbelanjaannya untuk meneruskan pengajian di bidang lakonan.

Pacino tidak terlepas dari gejala sosial seperti merokok, minum minuman keras dan ganja.

Ketika masih remaja, Pacino pernah berlakon dalam sebuah teater bawah tanah New York tetapi gagal menarik perhatian The Actors Studio.

Pacino kemudian, menyertai agensi Herbert Berghof Studio (HB Studio), di mana dia berpeluang bertemu dengan guru pertama dan sahabatnya Charles Laughton. Dalam tempoh itu, kehidupannya sangat teruk kerana tidak memiliki sumber kewangan kukuh dan kadang kala terpaksa tidur di kaki lima, dalam dewan teater atau di rumah teman-teman.

 

Perjalanan anak seni

P

acino mula merasakan begitu puas hati menjadi seorang aktor dan beliau mulai sedar akan bakatnya itu sewaktu melanjutkan pelajaran di The Actors Studio.

Bagaimanapun, Pacino terpaksa akur hasil lakonan peringkat awalnya tidak dihargai.

Pembabitan awal Pacino dalam seni perfileman menerusi satu watak kecil dalam filem Me, Natalie yang ditayangkan pada 1969.

Pada usia 29 tahun, Pacino bersetuju untuk bekerja di bawah agensi Firma Pengurusan Kreatif (CMA).

Beliau kemudian diberi kepercayaan memegang watak utama melalui drama The Panic in Needle Park (1971).

Sewaktu berusia 32 tahun, Pacino mula menunjukkan bakat terpendamnya apabila diberi watak utama filem The Godfather (1972), yang mana meletakkannya sebaris dengan pelakon Hollywood handalan apabila dicalonkan sebagai pelakon pembantu terbaik dalam Anugerah Akademi.

Selain itu, Pacino turut dicalonkan sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik Oscar bagi filem Dick Tracy dan Glengarry Glen Ross, The Godfather II, Serpico, Dog Day Afternoon, And Justice for All dan Scent of a Woman.

Peminat penyajak tersohor dunia, Shakespeare ini telah memberanikan diri menghasilkan filem di bawah arahan pertamanya iaitu Looking for Richard.

Selepas empat tahun berada di bawah naungan HB Studio, Pacino dengan jayanya diterima sebagai pelakon di bawah naungan Actors Studio yang merupakan sebuah pertubuhan melindungi pelakon-pelakon profesional, pengarah teater dan penulis drama di New York.

Pacino mengembangkan ilmu lakonan dengan mempelajari 'kaedah lakonan' daripada Lee Strasberg yang kemudian muncul bersamanya di dalam filem The Godfather II dan ...And Justice for All.

"Actors Studio amat bermakna kepada kehidupan saya. Lee Strasberg perlu mendapat penghargaan yang sebaik mungkin kerana telah mendidik dan mengubah saya pada hari ini. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kerjaya saya sebagai pelakon," kata Pacino dalam satu temu bual.

Pacino mengaku, beliau amat teruja selepas mengetahui beliau akan bergandingan dengan Strasberg dalam sebuah filem.

"Saya sangat teruja untuk bekerja dengannya kerana beliau seorang yang sungguh menarik apabila bercakap mengenai satu babak atau seseorang itu. Sekali mendengar, kita akan mahu mendengar beliau bercakap lagi kerana setiap percakapannya adalah benda baru," kata Pacino yang kini berjawatan sebagai Presiden Actors Studio bersama Ellen Burstyn dan Harvey Keitel.

 

Gaji pernah diterima

• The Godfather (1972) - AS$35,000 (RM106,610)

• The Godfather: Part II (1974) - AS$500,000 (RM1.52 juta)

• The Godfather: Part III (1990) - AS$5,000,000 (RM15.230 juta)

• Glengarry Glen Ross (1992) - AS$1,500,000 (RM4.57 juta)

• Carlito’s Way (1993) - AS$6,000,000 (RM18.276 juta)

• S1m0ne (2002) - AS$11,000,000 (RM33.506 juta)

Adam Merah , Isnin, Januari 07, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog