/

Rawatan tradisional amalan masyarakat Cina

Ramai masyarakat Cina gemar mandi dan merendam kaki di kolam air panas untuk memulihkan tenaga dan kesihatan. Kaedah ini semakin diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum.


 

M

ERENDAM kaki di kolam air panas bagi memulihkan sesetengah penyakit telah dipraktikkan dalam perubatan tradisional Cina sejak lebih 1,000 tahun. Bahkan Maharaja China dahulu kala, mengamalkan mandi di kolam air panas untuk kesihatan dan awet muda.

Sebenarnya, amalan rendam tubuh badan dalam air panas oleh perubatan tradisional Cina telah tercatat dalam buku klasik Essentially Treasured Prescription for Emergencies pada Dinasti Jin (TM 265-420), yang bermula dengan rendaman bahagian kaki.

Menurut pengamal perubatan tradisional Cina dari Persatuan Tabib Tionghoa Malaysia (MCMA), Teng Chee Wi, oleh kerana itu ramai masyarakat Cina mengetahui kebaikan kolam air panas kerana bersangkutan dengan qi atau tenaga, pengaliran darah serta memulihkan sesetengah penyakit tidak kronik.

Persatuan Tabib Tionghoa Malaysia (Malaysian Chinese Medical Association, MCMA) ialah badan pengamal perubatan tradisional Cina di bawah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Lebih elok jika air panas semula jadi tu dicampurkan air rebusan herba. Ia boleh mempercepatkan pengaliran darah bermula dari tapak kaki sampai ke paras lutut.

“Dalam teori tradisional akupunktur Cina, terdapat tiga meridian yin bermula dari tapak, dan tiga meridian yang yang berakhir di tapak kaki. Pada laluan garisan meridian, terdapat 66 titik khas akupunktur di paras bawah buku lali pada sepasang kaki, di mana titik tersebut amat sensitif terhadap rangsangan akupunktur.

"Justeru, rangsangan meridian di bahagian kaki membawa kesan melancarkan pengaliran qi dan darah, menghangatkan organ dalaman, mencegah penyakit, merawat penyakit termasuklah yang terletak pada bahagian atas badan.

“Rangsangan padanya, menyebabkan organ berkaitan dengan meridian dalam tubuh terangsang dan diperbetulkan semula kerana ia terus berkait dengan otak,” ujarnya.

Chee Wi berkata, sehubungan itu kesannya boleh menenangkan fikiran, mengurangkan keletihan bagi mereka yang lemah badan atau tidak tahan sejuk penghawa dingin serta memperbaiki kualiti tidur bagi individu sukar tidur nyenyak.

“Ini dari segi penerangan perspektif perubatan tradisional Cina. Jika dikaitkan dengan penerangan moden juga serupa yang mana air panas diketahui boleh merangsang saraf.

“Mekanisme sains moden untuk fenomena ini di mana air panas mengembangkan salur darah kapilari lalu mempercepatkan aliran darah ke dalam salur darah distal, terutamanya arteriol. Ini menyebabkan warna kemerahan pada kulit. Pada masa sama, perfusi darah ke otak dikurangkan secara relatif, melahirkan rasa mengantuk.

“Oleh kerana banyak saraf distal berhubung secara tidak langsung dengan otak, rangsangan air panas pada bahagian tapak kaki juga mencetuskan reaksi penindasan korteks serebrum. Ini menenangkan fikiran lalu membantu kualiti tidur,” ujarnya.

Selain itu katanya, kaedah ini juga membantu masalah kekerasan arteri pada warga tua yang kurang tahan sejuk, tapak kaki sejuk dan daya tahan penyakit merosot akibat daripada pengaliran darah kurang lancar. Ia juga melegakan sesetengah sakit kepala.

Unknown , Isnin, Januari 14, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog