2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Malaysia lokasi cuti utama umat Islam

Singapura: Malaysia disenaraikan sebagai destinasti percutian paling mesra Islam di dunia dalam satu kaji selidik dikeluarkan semalam yang turut menyenaraikan Mesir, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Singapura.

Kaji selidik dilakukan syarikat perunding pelancongan Islam berpangkalan di Singapura, Crescentrating itu dibuat berdasarkan sejauh mana mereka memenuhi keperluan pegunjung Islam yang semakin meningkat mencari perkhidmatan dan makanan halal serta mematuhi syariat Islam.

Ia menggariskan kriteria, termasuk tahap keselamatan dalam negara itu, kemudahan mendapatkan makanan halal dan kemudahan tempat solat serta sama ada hotel menyediakan keperluan tetamu Islam. Dalam skala satu hingga 10 (di mana 10 adalah markah terbaik), Malaysia muncul nombor satu dengan gred 8.3 antara 50 negara yang menjalani kaji selidik itu.

Mesir menduduki tempat kedua dengan 6.7, disusuli oleh Emiriah Arab Bersatu dan Turki dengan 6.6. Arab Saudi menduduki tempat keempat dengan skor 6.4 dan Singapura di tempat kelima dengan 6.3 markah.

Indonesia, Maghribi dan Jordan meraih 6.1 markah di tempat keenam, diikuti oleh Brunei, Qatar, Tunisia dan Oman di tempat ketujuh, semuanya dengan 6.0 markah.

Ketua Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen berkata, kaji selidik itu dibuat berdasarkan ulasan pengunjung bermakna ia diukur mengikut kemudahan yang diperoleh pelancong Islam - bukan penduduk tempatan - daripada makanan halal hingga kepada kemudahan.

“Malaysia adalah satu daripada beberapa negara Islam di mana anda boleh mendapatkan tempat solat di hampir setiap lokasi - sama ada di pusat beli-belah atau lapangan terbang,” kata Fazal kepada media.

Menurutnya, sementara pihak berkuasa Malaysia memfokus kepada pasaran itu selama beberapa tahun, Indonesia - negara dengan populasi Islam paling ramai di dunia tidak berjaya melakukannya dengan baik.

“Masalah utama bagi Indonesia ialah ia tidak dapat menyediakan makanan halal dengan mudah kepada pengunjung Islam. Bagi penduduk tempatan mungkin ia bukan satu isu,” katanya. - AsiaOne

Cik NiNe Che Kadir , Khamis, Januari 17, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog