GEMUK sedikit tidak mengapa tetapi jika berlebihan, ia akan bawa masalah.
WASHINGTON – Berat badan berlebihan beberapa kilogram bukan sesuatu yang buruk, demikian menurut satu analisis baru melibatkan hampir tiga juta orang. Analisis tersebut yang dibuat di Amerika Syarikat (AS) mendapati mereka yang memiliki berat badan berlebihan atau sedikit obes berkecenderungan hidup lebih lama. Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran manfaat tersebut akan hilang sekiranya berat berlebihan beberapa kilogram itu bertambah dengan banyaknya.
Para penyelidik kajian berkenaan menggunakan data daripada hampir 100 kajian di seluruh dunia merangkumi maklumat kesihatan melibatkan lebih 2.8 juta orang dewasa. Antara sampel populasi tersebut, terdapat sekitar 270,000 kematian sepanjang tempoh kajian dijalankan. Selepas beberapa faktor lain seperti usia, jantina, tabiat merokok telah dikawal, kumpulan dengan ketinggian dan berat badan ‘berlebihan’ didapati kurang berisiko untuk mati sebanyak enam peratus berbanding mereka yang memiliki berat badan normal.
Kajian sama turut mendapati mereka yang ‘sedikit obes’ dengan ketinggian dan berat merangkumi indeks jisim badan (BMI) antara 30 hingga 35 didapati lima peratus kurang berisiko meninggal dunia sepanjang tempoh kajian.
Namun, bagi mereka yang obes dengan BMI 35 dan ke atas, kadar kematian melonjak sebanyak 29 peratus berbanding subjek yang mempunyai berat badan normal. Penemuan terbaru itu disiarkan dalam jurnal saintifik, Journal of the American Medical Association (JAMA).
Pengarang-pengarang kajian itu memberikan beberapa sebab mengapa sedikit berat berlebihan baik untuk tubuh manakala berat ekstrem pula memudaratkan manusia. Mereka berkata, pertambahan lemak badan membekalkan manfaat metabolisme yang dapat melindungi jantung atau simpanan lemak berlebihan dapat membantu semasa ketiadaan selera makan ketika sakit.
Ketua penyelidik berkenaan daripada Pusat AS Untuk Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pernah menyiarkan satu kajian kontroversi pada 2005.
Kajian itu menunjukkan terdapat kaitan antara berat berlebihan dan jangka hayat lebih lama. Namun, kali ini, analisis kajian serupa dibuat berdasarkan sampel lebih besar yang diambil dari negara-negara berbeza di Amerika Utara, Eropah, Asia dan Amerika Selatan.
Dua saintis bioperubatan, Steven Heymsfield dan William Cefalu dalam satu editorial yang turut disiarkan dalam jurnal JAMA mengulas, kajian terbaharu itu dan beberapa penyelidikan lain menunjukkan sejumlah kecil lemak berlebihan memberikan simpanan tenaga yang diperlukan badan manusia ketika sakit atau membantu dalam cara lain.
Kata mereka, faktor-faktor tersebut masih memerlukan kajian lanjut.
“Penemuan ini menunjukkan tidak semua pesakit yang diklasifikasi mempunyai berat berlebihan atau obesiti tahap satu terutamanya mereka yang menghidap sakit kronik memerlukan rawatan pengurangan berat badan,” jelas mereka.
Pengarah CDC, Thomas Friedan ketika mengulas penemuan tersebut berkata: “Kita perlu lebih belajar tentang obesiti termasuk kaedah terbaik untuk mengiranya”. – AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "